Apabila berada di 4-series suku terakhir dan sedang menuju gerbang 5-series, mungkin ada beberapa perubahan aktiviti fizikal patut dilakukan.
Kekuatan dan kemampuan fizikal ahli masyarakat biasa pasti akan berbeza. Melainkan anda seorang atlit atau income group atasan yang memang amat mementingkan penjagaan kesihatan di mana kemungkinannya proses penuaan anda lebih perlahan.
#1 Berjalan Laju Menggantikan Larian Jogging Biasa Anda
Secara saintifiknya berjalan laju baik untuk jantung dan bagi yang telah berumur mungkin aktiviti berjalan laju ini juga baik untuk proses normalization rentak jantung anda.
Selain lebih ringan dan tidak membebankan, berjalan laju turut memberi peluang masa untuk memandang ke belakang atau flashback kehidupan anda sambil mensyukuri nikmat yang diberikan Allah swt.
Mungkin 2 atau 3 kali seminggu sudah cukup bagus jika anda terlalu sibuk dengan kehidupan atau lebih baik jika setiap hari dengan jarak yang anda anggarkan sendiri mengikut kemampuan dan keadaan diri anda.
#2 Jadikan Tangga Sebagai Exercise Partner Anda
Sebelum ini mungkin semuanya kita nak cepat dan lif menjadi pilihan.
Mungkin lebih baik jika mula bertukar daripada menggunakan lif kepada tangga. Melainkan jika anda berbicara tentang 10 atau 30 tingkat, mungkin anda patut fikirkan sendiri logik dan kemampuan anda.
Sama ada di tempat kerja atau di rumah. Anak tangga boleh menjadi rakan baik baru anda.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.
#3 Berkebun Atau Lanskap Rumah
Berkebun pisang di belakang rumah pun boleh menjadi aktiviti fizikal yang baik untuk anda. Bagi yang wanita, mungkin gardening atau menanam bunga.
Selain itu, mungkin anda patut mula bermain dan mengenali penjagaan lanskap di sekeliling rumah anda.
Jika anda tinggal di apartment, mungkin aktiviti menjaga kebersihan persekitaran komuniti mingguan yang dilakukan bersama rakan-rakan satu generasi anda boleh dilakukan.
Pada masa yang sama ini boleh menambah pahala juga.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.
Brand & Author
Recent
- Riadah15/05/2024Turunkan tekanan darah 4x ganda berbanding berjalan 10,000 langkah
- Sihat06/04/2024Rujukan Saintifik: Manfaat Minum Kopi Setiap Hari Bagi Rakyat Malaysia
- Sihat04/08/2023Buah-Buahan Tempatan Malaysia Yang Mengandungi Antioksidan Tinggi
- Sihat29/07/2023Pembunuh Senyap Rakyat Malaysia Yang Baru Disedari