Ada 1001 sebab untuk perniagaan dan usahawan mikro & kecil gagal tetapi di penghujungnya ada 3 sebab utama paling realistik yang boleh dirumuskan.
3 penyebab utama kegagalan ini pula di penghujungnya akan bergabung dengan 1 (satu) lagi sebab tambahan kegagalan perniagaan kecil di Malaysia.
Kenapa sebut kegagalan perniagaan kecil di Malaysia? Kenapa tidak sebut di dunia?
Kita sebut Malaysia kerana 3 sebab utama yang disentuh di atas dan yang telah dirumuskan sebagai paling realistik adalah berdasarkan konteks Malaysia.
Berdasarkan situasi dan persekitaran dunia perniagaan mikro & kecil di Malaysia.
Sebab pertama kegagalan usahawan
Tiada sasaran jelas atau kita panggil ‘crystal clear business goals’. Ada orang panggil ‘clarity’. Mana-manalah asalkan faham.
Orang lain berniaga, dia nak berniaga.
Nampak macam orang lain berniaga senang dapat cash, dia pun sama juga nak.
Bila dia berniaga, dia ‘just’ buat apa yang dia fikir logik semata-mata! Senang semata-mata! Kerana duit semata-mata!
Apabila duit yang dibayangkan mudah tidak kunjung tiba, dia ‘fed-up’ — tak lama selepas tu dia ‘quit’ berniaga.
Sebenarnya, dia sendiri tak tahu kenapa dia berniaga dan apa yang dikejarnya dan apa jumlah yang dicarinya.
So, nak buat bisnes pastikan ‘business goals’ anda ‘crystal clear’.
Sebab kedua usahawan kecil gagal
Bila buat bisnes, kena ada disiplin. Disiplin bermaksud, pedih macam mana, susah macam mana, benci macam mana, atau menyampah macam mana, di dalam bisnes kena buat juga.
Sebab ketiga yang paling selalu menjadi punca perniagaan kecil gagal
Berniaga dalam gelap.
Ini bukan bercerita pasal usahawan pasar malam yang berniaga tak pasang lampu, tetapi tentang usahawan yang berniaga tanpa rekod dan data perniagaan yang ‘proper’. Semua main congak-congak.
Mentang-mentanglah dia dapat betul semua semasa peperiksaan akhir tahun masa darjah satu, dalam bisnes pun dia main congak semata-mata juga.
Penyebab tambahan gagalnya usahawan kecil
Tak faham-faham nak bertindak lebih bijak.
Bila orang kata kena rekod urusan bisnes, dia pun mula merekod.
Segala-galanya direkod.
‘Come on’, kita sudah berada di era kematangan zaman IT. Pelbagai jenis sistem dan aplikasi ada untuk memudahkan urusan kerja atau bisnes harian kita.
Ubah! Guna teknologi!
Sekarang masa lebih bernilai daripada emas. Hilang emas boleh dicari dan diganti.
Hilang masa, masa tidak boleh diputar ke belakang.
Konklusi
Go! Mulakan perubahan atau transformasi perniagaan anda.
Brand & Author
Recent
- Riadah15/05/2024Turunkan tekanan darah 4x ganda berbanding berjalan 10,000 langkah
- Sihat06/04/2024Rujukan Saintifik: Manfaat Minum Kopi Setiap Hari Bagi Rakyat Malaysia
- Sihat04/08/2023Buah-Buahan Tempatan Malaysia Yang Mengandungi Antioksidan Tinggi
- Sihat29/07/2023Pembunuh Senyap Rakyat Malaysia Yang Baru Disedari