in

Adakah Politik Pilihanraya Ciptaan Konsep Pemerintahan Terbaik?

Politik pilihanraya adalah cara pemerintahan berasas kuasa yang wujud daripada konsep demokrasi yang yang dicetuskan di dunia moden acuan sebelah Barat iaitu di Eropah pasca zaman tumbangnya keagungan kerajaan Melayu Melaka.

Bermula daripada zaman Renaissance di Eropah, teori dan konsep pemerintahan demokrasi dijaja ke seluruh dunia melalui penjajahan atau kolonialisme. Ya betul, memang ianya berbunyi seperti sumbang apabila kita menyebut bahawa penjajaan model demokrasi ini adalah melalui penjajahan.

Sebenarnya ia tidak sumbang bahkan adalah satu kebenaran dan ironik, jika diperhalusi.

Bayangkan jika tiada penjajahan berlaku. Melaka tidak diruntuhkan oleh Portugis, Belanda pula hanya datang berdagang dengan harmoni tanpa menanam ‘sengat’ di sini dan Indonesia.

British pula berkongsi ilmu dan teknologi mereka di sini, Perancis tidak mengganggu Vietnam dan Sepanyol pula hanya datang ke Filipina membawa baka kuda Eropah untuk dibiakkan di FIlipina.

Namun, apa yang telah berlaku tidak begitu.

Jika itulah yang berlaku, pastinya tiada ‘power disruption’ berlaku dan keharmonian di ‘Malay Archipelago’ boleh terus dibina bersama kemakmuran berpanjangan.

 

SOALAN: ADAKAH DEMOKRASI PERNAH WUJUD SEBELUM INI IAITU SEBELUM ZAMAN RENAISSANCE?

Untuk menjawabnya mungkin mudah tetapi mempunyai erti yang amat mendalam dan akan melibatkan beberapa perkara termasuk hadis nabi s.a.w.

Jawapannya adalah: TIDAK PERNAH!

Secara lawaknya, tidak pernah kita mendengar tentang wujudnya proses pilihanraya umum atau pilihanraya negeri di sebelah Timur Tengah purba, Eropah purba, China purba dan apatah lagi di sebelah Timur purba.

Sekiranya anda ingin merujuk kepada zaman Rom seperti kisah Julius Caesar untuk menghujahkan kewujudan sistem demokrasi, anda perlu melihat lebih dalam dengan bertanya siapa yang mengundi dan adakah wujud sistem pilihanraya ketika itu?

 

JANGAN DISAMAKAN ZAMAN SEKARANG YANG SERBA MODEN DAN JAUH LEBIH BAIK DARIPADA ZAMAN PURBA?

Jawapan bagi persoalan ini terbahagi kepada 2 asas; Beriman ATAU Tidak Beriman kepada hadis nabi s.a.w.

Bagi mereka yang beriman, terdapat hadis yang menyatakan dengan jelas bahawa zaman nubuwwah adalah zaman terbaik.

Apabila disebut zaman itu adalah yang terbaik, ia bermakna zaman-zaman yang lain bukan yang terbaik. Maka, untuk konklusinya, sila rujuk semula seksyen sebelum ini.

———— Bersambung

What do you think?

Leave a Reply