in

Anak Muda Makin Ramai Buat Trade. Bagus, Tapi Ilmu Dari Mana?

Img 2185

Sekarang ni buka je media sosial banyak tengok anak muda cerita pasal trade, forex, saham dan yang paling trend sekarang “copy trade” atau pun “AI robot pelaburan”.

Tak salah nak belajar. Tak salah nak mencuba. Tapi persoalannya Ilmu tu datang dari mana? Betul ke? Atau kita dah terpedaya dengan orang yang suka ambil kesempatan?

Ramai anak muda belajar pelaburan dan trading bukan dari buku, guru atau penasihat bertauliah. Tapi dari sosial media TikTok, Instagram, YouTube dan sebagainya. Platform macam ni lah yang banyak ’hype’ kan dekat ramai anak muda tentang kisah-kisah dan lifestyle jadi seorang trader yang berjaya.

Contohnya:

  • “Nak untung RM1,000 sehari? Join kelas saya!”
  • “Dengan Robot AI ni, boleh buat duit sambil tidur.”
  • “Simpan duit dalam bank rugi, baik main kripto.”

Kita kena sedar. Majoriti konten ni bukan pendidikan sebenar tapi IKLAN. Tapi apa salahnya dengan iklan ini?

Iklan yang dijual dalam bentuk “motivasi” dan “kejayaan palsu” oleh pihak yang tak bertanggungjawab.

Ada yang sanggup habis banyak duit untuk “kelas premium” yang tak ada sijil sah, piawaian pelajaran yang entah apa-apa dan yang paling sedih, tak betul-betul membantu bila pasaran jatuh.

Ada kes, sampai mak ayah kena jual tanah sebab anak rugi besar.

Jadi, kita nak salahkan anak muda? Tak juga.

Salah satu punca utama adalah tak ada saluran ilmu yang betul, jelas dan dipercayai. Yang banyak, cuma ‘Sifu pelaburan segera’ dan ‘Influencer kaya forex’.

Kalau kita nak bebas kewangan, mula dengan ilmu yang sahih, bukan mimpi manis yang dijual di media sosial.

Dan yang paling penting anak muda sendiri kena rajin tapis dan semak. Jangan percaya sesiapa yang janji pulangan bulan bintang, cepat, tanpa risiko. Itu bukan pelaburan. Itu potensi SCAM.

Kerana dalam dunia pelaburan sebenar, yang lambat biasanya selamat. Yang cepat kaya? Selalu cepat hilang.

What do you think?

Leave a Reply