in

Anda Tidak Boleh Menjadi Seperti YB Melawat Kawasan Untuk Memastikan Kejayaan Spa atau Salon Anda

Nak salon atau spa anda success, anda perlu menjadi seorang real entrepreneur

Bacaan ini adalah bagi usahawan salon dan spa sebagai satu refreshment dan pemanas terutamanya bagi pemilik salon atau spa yang perniagaan mereka masih terkial-kial untuk terus hidup apatah lagi untuk bangun semula pasca pandemik COVID-19.

Kenapa metafora yang digunakan di dalam artikel ini adalah “YB melawat kawasan”?

Walaupun tidak semua YB, tapi umumnya metafora ini digunakan bagi sikap sesetengah YB yang melawat kawasan sekadar nak tunjuk muka, bermanis mulut, mengambil hati pengundi kawasan atau salam ‘berisi’.

Sebagai pemilik perniagaan salon atau spa, perniagaan anda sukar untuk maju jika mengamalkan sikap sebegitu.

Pemilik perniagaan salon yang real, adalah yang hands-on atau mengetahui, sedar & peka beserta data dan maklumat tentang perniagaan yang diusahakannya.

Pendeknya, semua perkara dari A-Z tentang perniagaannya adalah di dalam poket.

Data & Info Adalah Penasihat Utama Pemilik Perniagaan Salon & Spa

Jika anda  tidak mempunyai data & info berkaitan perniagaan anda, teramatlah sayang seribu kali sayang.

Tanpa data & info, pemilik salon hanya akan mampu menjadi pemanis mulut, tersenyum tanpa pemahaman tentang apa realiti yang sedang berlaku di dalam perniagaannya.

Ibarat orang yang tidak boleh melihat dan berjalan pula di dalam kegelapan malam.

Boleh jadi ada lubang atau longkang sekadar 2-3 langkah ke depan anda. Itu pun tidak akan mampu anda sedari.

Apabila anda tidak sedar dan tidak menjangkakannya, maka kebarangkalian besarnya, dalam 2-3 langkah ke depan nanti, anda pasti akan tertiarap ke dalam longkang.

Berubahlah! Celikkan Mata Anda Wahai Pengusaha Salon

Terdapat pelbagai cara pengusaha salon dan spa boleh melengkapkan diri dan perniagaan anda dengan data & info berkaitan perniagaan anda untuk pengurusan perniagaan dengan cara yang jauh lebih kemas dan meyakinkan.

Keyakinan di sini bermaksud keyakinan bagi diri anda, pekerja dan juga pelanggan anda.

Cara pengurusan yang membantu perniagaan salon anda untuk berkembang dan maju ke hadapan.

.

.

.

What do you think?

Leave a Reply