in

Bagaimana Membaca ‘Real Engagement’ Daripada Setiap Posting Facebook Dengan Lebih Tepat

Facebook Real Value Engagement Tracking

Bagaimana Membaca 'Real Engagement' Daripada Setiap Posting Facebook Dengan Lebih Tepat
Facebook Real Value Engagement

Jika anda menggunakan Facebook sebagai medium pemasaran utama bagi Social Media Marketing anda, pasti telah biasa melihat data Reach & Engagement bagi setiap posting anda. Tetapi  satu lagi data yang penting tidak diberikan – ‘Real Engagement’ atau ‘Real Business Engagement’ atau ‘Real Value Engagement’ atau di dalam erti kata lainnya adalah klik ke link yang anda letak di dalam post anda.

Ada beberapa cara untuk mengumpulkan data ‘Real Engagement’ ini. Tapi sebelum itu jom kita lihat apa beza data Reach, Engagement dan apa pula ‘Real Engagement’?

Facebook REACH

Ringkasnya — post yang ‘lalu’ di News Feed. Seperti anda sedang duduk di tepi sungai dan melihat benda hanyut di sungai. Itulah Facebook Reach secara mudahnya.

Walaupun nampak seperti tiada apa-apa tapi ada gunanya dari sudut penjenamaan dan pemasaran.

Pada masa yang sama anda juga patut terfikirkan sesuatu, cukupkah dengan sekadar Reach? Ingat, Reach hanyalah seperti barang hanyut di sungai dan bukan 1 atau 2 sahaja benda hanyut yang lalu pada satu ketika, tapi ada pelbagai benda hanyut. Pendeknya — Reach sahaja tidak cukup untuk perniagaan anda.

Facebook ENGAGEMENT

Engagement pula adalah melibatkan like, komen, share atau klik di post anda. Klik di sini termasuklah klik “See more” di post tersebut.

Begitu juga dengan “See translation”.

Pendeknya apa sahaja tindakan anda melibatkan post tersebut akan direkodkan sebagai Engagement.

Kesimpulan Facebook Reach & Engagement

  • Info yang dinyatakan di atas adalah berdasarkan faktor organik — organic reach & engagement. Tidak melibatkan penerangan data berkaitan Facebook Ads.
  • Biasanya post sebegini adalah untuk tujuan atau objektif berkaitan Branding atau penjenamaan. Ini termasuklah untuk Brand Recall.
  • Untuk tujuan atau objektif berasas penjenamaan, data yang diberikan oleh Facebook mungkin sudah memadai.

Bagaimanapun, kebanyakan peniaga kita tidak fokus kepada penjenamaan tetapi moto tipikal peniaga kita adalah Jual! Jual! Jual! Betul tak?

Kalau moto anda adalah Jual! Jual! Jual!, maka, data tersebut tidaklah mencukupi kerana objektif berbeza. Facebook beri data untuk tujuan lain. Kita pula  mencari yang lain.

Namun sekali lagi anda harus ingat bahawa penulisan ini tidak membincangkan kaitan dengan Facebook Ads. Ini semata-mata berkaitan organic atau post biasa anda.

So, apa data yang peniaga kita perlukan?

Real Value Engagement

Bersambung…

What do you think?

Leave a Reply