in

Bina Keyakinan Pelanggan On The Spot dan Naikkan Jualan Anda

Setakat pitching bagus tapi sebutharga atau invoice pun pelanggan kena follow up, apa barang.

Sales pitching dah power. Tawaran harga pada pelanggan pun dah bagi yang terbaik. Sales objections pun anda dah counter dengan cara terbaik. Ada satu lagi, kalau nak prospek atau pelanggan lagi cepat buat keputusan untuk membeli atau bersetuju dengan offer anda, bagaimana caranya?

Ini zaman Internet, masa pun macam Internet 5G.

Semua kena pantas! Kena cekap!

 

Bisnes anda sudah cukup pantas dan cekap?

 

Boleh keluarkan sebutharga on the spot? Tak boleh? Bisnes anda tidak cukup cekap.

Antara syarat asas sebagai bisnes yang cekap, sebutharga mesti boleh keluarkan on the spot.

Jika tak boleh keluarkan sebutharga on the spot, anggap saja perniagaan anda masih ketinggalan 10 tahun ke belakang.

Untuk bersaing di zaman ini, anda mesti boleh memberikan yang terbaik kepada pelanggan atau prospek perniagaan anda.

 

Bagaimana nak keluarkan sebutharga secara pantas, on the spot?

 

Anda mesti ada sistem!

Biasanya, sistem perakaunan mesti ada kemudahan ini.

Tapi, sekadar sistem akaun di laptop, anda masih tak cukup pantas.

Siapa jua atau apa jua perniagaan anda, sama ada menjual produk fesyen, produk industri mahupun kontraktor renovasi, kontraktor aircond, kontraktor kitchen cabinet — anda mesti ada sistem perakaunan dan boleh keluarkan sebutharga on the spot hanya dari telefon bimbit.

 

Fakta yang anda perlu tahu tentang sistem perakaunan yang berada di pasaran.

 

  • Tidak semua sistem perakaunan boleh digunakan di telefon bimbit.

  • Tidak semua boleh digunakan di laptop atau desktop. Ada yang hanya untuk telefon bimbit. Anda kenal install.

  • Sistem perakaunan yang terbaik adalah yang boleh digunakan di laptop, desktop dan telefon bimbit TANPA PERLU INSTALL.

  • Satu lagi, mestilah mudah digunakan dan tak perlu belajar seperti belajar cara nak membuat roket ke Marikh.

 

Faktor tambahan untuk meningkatkan lagi peluang anda untuk close sales lagi tinggi.

 

Peluang anda untuk close sales adalah lebih tinggi apabila setelah keluarkan sebutharga anda boleh pula keluarkan invois on the spot.

Pelanggan kata ya sahaja, terus convert sebutharga jadi invoice dengan tekan satu dua butang sahaja.

Nak lagi best, terus boleh whatsapp atau emel sebutharga atau invois kepada pelanggan.

 

Customer pun happy dan lebih yakin dengan anda.

 

Apabila perniagaan anda mampu untuk memberikan perkhidmatan sepantas ini, betul betul di hadapan mata pelanggan sendiri betapa cekap dan pantasnya anda membuat kerja — Donald Trump pun pasti ternganga.

Tunjukkan kecekapan perniagaan anda di hadapan pelanggan, real-time — adalah impak!

So, dapatkan sistem perakaunan dengan ciri ciri terbaik seperti dinyatakan di atas jika anda ingin meningkatkan jualan anda.

Banyak perubahan positif yang anda akan dapat lihat berlaku terhadap prestasi perniagaan anda apabila anda mempunyai sistem perakaunan yang boleh meningkatkan kecekapan dan kepantasan anda beroperasi.

 

Ringkasan tentang faktor kepentingan dan bagaimana sistem perakaunan membantu untuk meningkatkan jualan

 

  • Setiap perniagaan wajib ada sistem perakaunan.

  • Sistem perakaunan yang baik akan membantu meningkatkan jualan.

  • Sistem perakaunan terbaik boleh beroperasi di laptop, desktop, tab dan telefon bimbit.

  • Keperluan utama sistem perakaunan berkaitan dengan peningkatan jualan adalah boleh keluarkan sebutharga, invoice dan resit on the spot.

What do you think?

Leave a Reply