in

Cara menaikkan jualan bisnes kecil tanpa iklan

Khusus untuk bisnes kecil meningkatkan jualan tanpa kos langsung

Untuk menaikkan jualan, tidak semestinya wajib menggunakan iklan. 

Ada pelbagai kaedah boleh digunakan sebagai cara meningkatkan jualan. 

Kaedah-kaedah jualan ini adalah penting terutamanya bagi perniagaan saiz kecil kerana kebanyakan perniagaan kecil mempunyai banyak kekangan dari segi kemampuan modal.

#1 Customer Loyalty Rewards / Ganjaran Kesetiaan Pelanggan

Untuk meningkatkan jualan menggunakan kaedah Customer Loyalty Rewards, peniaga perlukan sistem Customer Loyalty Rewards.

Terdapat pelbagai sistem terdapat di pasaran.

Antara sistem Loyalty Rewards yang dianggap mampu milik bagi perniagaan saiz kecil adalah ZEROPOINT.

FAKTA PENTING KAEDAH MENINGKATKAN JUALAN DENGAN KAEDAH CUSTOMER LOYALTY REWARDS

-- Mendaftarkan pelanggan baru ke sistem Customer Loyalty Rewards anda.

-- Sasaran utama menggunakan kaedah ini adalah menggandakan jualan daripada pelanggan sedia ada. Kaedah ini melibatkan LTV (Life Time Value) bagi setiap pelanggan.

-- Menawarkan Rewards yang 'seriously' menarik. Perhatikan perkataan 'seriously' menarik. Ini penting untuk memberikan motivasi yang cukup untuk mengajak pelanggan membeli lagi, mengumpul mata dan mendapat ganjaran.

Leave a Reply

#2 Menggunakan diskaun jualan

Menggunakan diskaun jualan, peniaga boleh menyasarkan kepada pelanggan baru dan juga pelanggan sedia ada.

Promosi diskaun anda boleh disebarkan kepada pelanggan sedia ada, poster di kedai, media sosial anda dan pelbagai lagi.

Pastikan anda tahu apa produk yang sesuai untuk diberikan diskaun dan pastikan ianya berbaloi dan mampu memberi motivasi kepada kumpulan sasaran promosi diskaun anda.

Tanpa motivasi pembelian secukupnya, promosi diskaun anda akan menjadi sia-sia.

Untuk pengurusan tawaran diskaun terbaik, anda disarankan untuk mempunyai sistem yang bersesuaian dengan model bisnes anda. 

Ini bertujuan untuk merekodkan transaksi dan info lain berkaitan perlaksanaan promosi diskaun jualan anda untuk penilaian dan kajian semula.

Tanpa data dan info yang tertentu, bermakna anda hanya boleh membuat andaian semata-mata.

Sebagai contoh, jika bisnes anda menjual secara online, pastikan aplikasi anda boleh merekodkan diskaun serta transaksi-transaksi yang terlibat.

Leave a Reply

#3 Sertai Kumpulan Sokongan Usahawan Untuk Pelbagai Idea & Tips

Kumpulan Sokongan Usahawan adalah penting untuk usahawan perniagaan bersaiz kecil.

Kumpulan sokongan adalah salah satu platform terbaik untuk mendapatkan idea-idea baru bagi menaikkan jualan perniagaan anda. 

Dan paling menarik, kebanyakan idea-idea yang boleh diperolehi oleh peserta adalah yang tidak melibatkan kos atau creative marketing kos rendah.

Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan mengaktifkan diri serta tidak segan untuk berkomunikasi dan melibatkan diri dengan program-program yang dianjurkan.

Hasil daripada interaksi tersebut akan banyak membantu anda untuk terjumpa dengan pelbagai idea meningkatkan jualan tanpa iklan.

Leave a Reply

Brand & Author

Notivana
Notivana
Pengkritik jenama kecil dengan tujuan untuk penambahbaikan berterusan bagi kesinambungan perniagaan yang berpanjangan di dalam menawarkan nilai kepada kumpulan sasar yang terpilih.

What do you think?

Leave a Reply