Apakah peluang perniagaan yang terbaik bagi 2023? Pastinya setiap peluang yang ditawarkan perlu dinilai terlebih dahulu. Bagaimana cara nak menilai sesuatu peluang perniagaan kecil yang ditawarkan sama ada berpotensi tinggi atau adalah yang terbaik untuk success probability yang terbaik?
Nota: Post ini patut dibaca oleh semua graduan muda termasuk usahawan muda yang bercadang nak bermula di dalam perniagaan.
Peringatan Utama Berkaitan Peluang Perniagaan
- Sebelum anda mula menilai, anda harus ingat dan peka terhadap kewujudan ribuan scam atau penipuan berkaitan peluang perniagaan yang ditawarkan di internet atau di media sosial.
- Tidak semua peluang perniagaan yang tidak terkenal atau tidak pernah didengar itu adalah penipuan atau scam. Jangan terus menutup mata dan hati anda. Mungkin terdapat peluang baru yang berpotensi tinggi dan lebih mudah untuk sukses atau berjaya berbanding yang telah terkenal di pasaran.
Menilai Potensi Peluang Perniagaan Kecil
Sebagai usahawan atau ahli perniagaan, anda harus ingat bahawa usahawan adalah risk taker.
Tetapi, bukanlah seorang yg mengambil risiko secara semberono.
Mesti ada asas tertentu untuk memisahkan risiko semberono dan risiko yang wajar bagi seorang usahawan.
- Usahawan atau ahli perniagaan secara umumnya hanya mengambil risiko perniagaan yang dipanggil Calculated Risks.
- Mudahnya, risiko yang diketahui setelah membuat due diligence serta anggaran nilai risiko perniagaan yang perlu ditanggung.
Kriteria atau faktor umum untuk menilai potensi peluang perniagaan
- Kos untuk memulakan perniagaan.
- Betapa cepat anda boleh bermula.
- Pelaburan fasa awal.
- Kewujudan Entry-Barrier.
- Kos operasi bulanan.
- Potensi produk.
- Sokongan usahawan.
- Margin keuntungan.
- Faktor cash flow.
Faktor 01: Kos Untuk Memulakan Penglibatan Anda Di Dalam Peluang Perniagaan Kecil Tersebut Sama Ada Sesuai Atau Tidak Bagi Anda
Faktor ini melibatkan segala macam kos untuk memulakan penglibatan anda di dalam peluang tersebut.
Di fasa ini, anda masih belum memulakan perniagaan anda lagi.
Anda hanya ingin mula terlibat sahaja.
So, apa kos-kos yang patut dipertimbangkan yang termasuk di dalam kategori faktor ini?
- Kos pendaftaran untuk terlibat sebagai usahawan atau yang berkaitan keahlian dan sebagainya.
- Kos atau yuran bulanan atau tahunan. Contoh: Yuran keahlian tahunan.
- Kos berkaitan seminar atau latihan awal untuk menceburi perniagaan tersebut.
SARANAN:
Berhati-hati dengan sesetengah principal yang tidak jujur yang mementingkan bayaran pendaftaran atau keahlian yang tinggi dan membuat keuntungan dari situ.
Faktor 02: Betapa Cepat Anda Boleh Memulakan Perniagaan Tersebut, Penting Juga Untuk Menilai Peluang Perniagaan Ingin Diceburi
Jika anda ingin membuka restoran McDonald’s, anda mungkin hanya boleh memulakan perniagaan tersebut dalam setahun atau lebih.
Tetapi itu bukan persoalan bagi anda yang ingin mengambil peluang perniagaan yang berskala kecil.
Bagaimanapun, skala atau saiz perniagaan ada faktor tertentu yang berkait.
Sepatutnya, lebih kecil skala sesebuah perniagaan, lebih pantas dan cepat anda boleh bermula.
SARANAN:
Pada pendapat kami, adalah lebih baik jika perniagaan tersebut boleh bermula skala kecil dan mudah untuk diperbesarkan atau dipanggil SCALABLE.
Bermaksud, start small but scalable to bigger and bigger.
Faktor 03: Pelaburan Fasa Awal
Untuk memulakan perniagaan, anda mungkin perlu mengeluarkan modal untuk konfigurasi atau setup asas bagi perniagaan tersebut.
Contoh:
- Lot kedai atau pejabat sebagai showroom atau pejabat operasi.
- Renovasi untuk memenuhi standard tertentu yang ditetapkan oleh pemilik jenama.
- Stok untuk show units.Contohnya adalah syarikat menjual kereta Proton. Mereka perlu mempunyai stok kereta untuk pameran (bukan untuk dijual).
- Stok awal untuk stokis.
SARANAN:
Pastikan anggaran kos pelaburan fasa awal adalah di dalam lingkungan bajet kemampuan anda ATAU anda mungkin akan terkejut selepas beberapa ketika memulakan perniagaan.
Faktor 04: Kewujudan Entry-Barrier
Apa itu Entry-Barrier? – Secara mudahnya, halangan.Halangan bagi sesiapa untuk turut sama memulakan perniagaan yang serupa.
Entry-barrier boleh wujud sebagai satu perkara yang positif dan juga negatif.
Sudut positif bagi perniagaan yang mempunyai entry-barrier.
Jika sesuatu perniagaan atau jenis perniagaan mempunyai entry-barrier, sekiranya anda mengusahakan perniagaan tersebut, maka kemasukan atau kewujudan pesaing baru boleh diminimakan.
Contoh 01: Perniagaan pengawal keselamatan; memerlukan kelulusan KDN dan mungkin lesen senjata api yang sukar untuk diperolehi dan mengambil masa.
Contoh 02: Had maksima eksklusif bagi ejen di sesuatu zon. Bermakna, persaingan bagi produk yang sama mempunyai had tertentu.
SARANAN:
Sekiranya anda mempunyai principal, carilah yang model perniagaan principal yang mempunyai sedikit sebanyak unsur entry-barrier.
Jika tidak anda mungkin akan terkedu apabila bermula dengan persaingan seperti persaingan di red-ocean.
Faktor 05: Kos Operasi Bulanan
Bagaimana dengan kos operasi bulanan menjalankan perniagaan tersebut?
Perlukan kakitangan? Jika ya, berapa ramai yang diperlukan? Berapa kos burn rate bulanan jika menjalankan perniagaan tersebut?
Jangan lupa juga kos-kos lain yang berkaitan seperti KWSP, PERKESO dan sebagainya termasuk penyelenggaraan pejabat, pengangkutan dan sebagainya.
Anda juga patut menganggarkan bajet diperlukan untuk suatu tempoh atau period kewangan seperti suku tahunan, separuh tahunan dan tahunan.
Faktor 06: Potensi Produk
Lihat di sekeliling pasaran yang akan anda sasarkan dan nilaikan potensi produk tersebut untuk dipasarkan di pasaran tersebut.
Adakah produk tersebut mempunyai permintaan?
Atau, sekiranya ia adalah produk baru, adakah pasaran bersedia untuk menerimanya.
Persoalan lain termasuklah kesesuaian harga jualan. Faktor ini pastilah berkait dengan margin keuntungan dan mungkin juga terdapat polisi sekatan atau kawalan harga siling atau harga terendah berkaitan produk tersebut.
Faktor 07: Sokongan Usahawan
Sekiranya perniagaan tersebut mempunyai principal, anda patut tahu adakah principal menyediakan khidmat sokongan untuk usahawan di bawahnya.
Anda juga mungkin patut tahu, sekiranya anda memerlukan bantuan atau sokongan, di mana anda boleh dapatkan.
Atau, segalanya terpaksa menggunakan try & error.
Faktor 08: Margin Keuntungan
Margin keuntungan pula penting dan berkait dengan pengiraan anggaran bajet serta keuntungan yang boleh dijana oleh perniagaan.
Ini termasuklah pengiraan sales breakeven, mark-up, harga promosi dan sebagainya.
Faktor 09: Cash Flow
Faktor cash flow pula berkait dengan kemudahan kredit perniagaan, anggaran atau polisi tempoh penerimaan bayaran bagi setiap jualan serta lain-lain faktor yang berkait dengan aliran tunai sesebuah perniagaan.
Sekiranya bayaran bagi setiap jualan lambat diterima, pasti akan memberi kesan kepada aliran tunai perniagaan yang akan anda jalankan.
Brand & Author
Recent
- Niaga19/01/2023Cara Menilai Peluang Perniagaan Kecil Terbaik & Berpotensi Tahun 2023
- Niaga15/07/2022Taktikal mudah yang ramai pengusaha salon atau spa terlepas peluang untuk menaikkan jualan salon atau spa tanpa kos ekstra
- Niaga12/07/2022Bina Keyakinan Pelanggan On The Spot dan Naikkan Jualan Anda
- Niaga12/07/2022Anda Tidak Boleh Menjadi Seperti YB Melawat Kawasan Untuk Memastikan Kejayaan Spa atau Salon Anda