in

Gadis & Wanita Puri Asia • Lambang Kewanitaan Sejati Titiwangsa

Ya, itulah dia — Lambang Kewanitaan Sejati Titiwangsa. Satu vision baru untuk wanita Asia terutama wanita dan gadis Melayu Malaysia. Visi itu pula mempunyai ciri dan syarat yang digariskan melalui konsep Gadis & Wanita Puri Asia. Sesuai benar dengan moto kempen pelancongan Malaysia iaitu “Malaysia, Truly Asia”.

Wanita dan gadis Malaysia patut berbangga dengan wawasan dan konsep Puri Asia tersebut kerana ada isi dan jiwa di dalamnya.

Kenapa nama PURI ASIA dipilih?

Kerana terdapat unsur-unsur utama konsep ini yang di dalam perkataan tersebut:

PURI

ASIA

PU+RIAS+IA = RIAS

Maka terhasillah 3 perkataan daripada 2 perkataan asal: PURI, RIAS & ASIA. Jom kita lihat secara lebih mendalam.

Definisi PURI

Definisi : perahan yg pekat drpd buah atau sayur yg dimasak dan ditapis; memurikan memproses atau membuat buah­buahan atau sayur-sayuran menjadi puri: ~ tomato.

Definisi : 1 rumah yg biasanya indah-indah tempat tinggal raja-raja; istana. 2 kota yg dilengkapi parit.

Definis RIAS

Definisi : berkaitan dgn cara atau hal menghias diri. kaca ~ cermin utk berhias; kamar (ruang) ~ bilik tempat berhias diri; tukang ~ tukang menghias (pengantin). berias berhias (diri); bersolek: Ayu memang pandai ~. merias membuat (diri, anggota badan dsb) kelihatan cantik dan menarik; menghias; ~ mata menghias atau menyolek mata (dgn celak dll) supaya kelihatan cantik dan menarik; ~ rambut mengandam atau mendandan rambut. riasan hasil merias; solekan: ~nya begitu menarik sekali.

What do you think?

Leave a Reply