in

GIG3 • GELIG3 Initiatives • Ekonomi Gig Generasi Ke-3 Yang Lebih Mesra-Komuniti

‘Gig Economy’ model baru sebagai ‘extension’ kepada ‘Creator Economy’ untuk ‘survival’ golongan marhaen atau kecundang dibaham model ekonomi baru era AI, AGI & Quantum

Mlife Gig3 Gelig3

‘Gig Economy’ atau Ekonomi Gig memerlukan penambahbaikan yang drastik untuk menjadikannya relevan di dalam kehidupan generasi baru di zaman mendatang.

Kita tidak mahu lagi terus terikat oleh Model Ekonomi Gig sedia ada yang seolah-olah sekadar satu ‘extension’ kepada model ekonomi kapitalis.

Benarkah ekonomi gig hari ini masih terikat dengan model ekonomi kapitalis?

Mudah sahaja untuk mengesan dan memahaminya.

GRAB FOOD atau FOOD PANDA umumnya adalah berdasarkan ekonomi gig. Sila tanya soalan berikut:

  • Sudah berapa kali ‘riders’ mengadakan tunjuk perasaan atau demonstrasi menyatakan ketidakpuasan hati mereka? Belum pernah atau sudah beberapa kali?
  • Apakah konteks ketidakpuasan hati mereka?
  • Apakah kerajaan boleh berbuat apa-apa?

Sekiranya anda mampu menjawab soalan tersebut, anda akan faham kenapa ekonomi gig pada hari ini masih terikat dengan model ekonomi kapitalis.

Ekonomi gig hari ini adalah satu ‘piramid kapitalis’

Apa yang kita sebut sebagai ekonomi gig hari ini tidak lebih sekadar menjadi alat kepada ‘ultimate objectives’ kapitalis untuk membentuk piramid dan pastinyalah mereka yang berada di puncak.

Kita? Kita akan terus berada di bawah piramid.

Jika anda ingin memahami apa yang diperkatakan, anda boleh merujuk perjalanan Amazon mencapai kedudukannya pada hari ini.

Sekiranya anda masih ‘blur’, sila berikan komen di bawah artikel ini.

Creator Economy adalah sumber ekonomi masa depan

Menurut Goldman Sachs, Creator Economy adalah ‘What’s Next’ di dalam masa terdekat.

Ramai yang rasa macam bersemangat mendengar Creator Economy dan anda membayangkan ‘influencers’ di Tiktok, IG dan sebagainya.

Bagaimanapun, Creator Economy di masa terdekat ini mempunyai beberapa ‘setbacks’ yang tidak ‘friendly’ kepada masyarakat umum.

Persoalan daripada MIMMO, sekiranya Creator Economy akan menjadi satu kegiatan ekonomi yang kritikal, adakah kita peniaga yang ramai ini sudah ampuh untuk survival?

Jika kelebihan di dalam Creator Economy sekadar kesinambungan daripada senario semasa, mungkin kita patut berhenti berpesta sebentar.

Bayangkan senario hanya influencer atau jenama yang memang sedia ‘ngetop’ di media sosial akan terus menjuarai malah semakin kuat cekaman mereka menguasai pasaran.

Sila congak berapa peratus daripada jumlah pengguna media sosial yang mempunyai kekuatan jenama dan pengaruh di media sosial? Bandingkan dengan jumlah peniaga kecil yang ada di Malaysia.

Mungkin ini adalah satu titik untuk kita patut mula memikirkan sesuatu untuk golongan peniaga kecil terutama golongan peniaga marhaen yang tidak agresif di media sosial dan perlukan solusi alternatif untuk terus ‘survive’.

Jika tidak, tanpa solusi alternatif, ramai daripada kita golongan marhaen atau golongan biasa akan kecundang atau terus ‘mereput’ seperti sebelum ini atau mungkin juga lebih teruk kerana tidak mempunyai kekuatan di dalam Creator Economy.

Apa solusi yang sudah tersedia untuk maju ke depan?

MIMMO ingin memperkenalkan inisiatif khusus bagi Model Ekonomi Gig Revolusi Ketiga yang kami panggil akan ia G.E.L.I.G.3 iaitu singkatan bagi Gig Economy Lean Initiatives Generation-3.

Beberapa siri ‘sharing’ akan diadakan tidak lama lagi untuk memperkenalkan dan berkongsi pendapat bersama anda.

Selain itu, sesi tersebut juga adalah untuk mendapatkan maklumbalas daripada anda.

Check senarai sesi melalui loceng di bawah

Icon2@2x

Brand & Author

Notivana
Notivana
Pengkritik jenama kecil dengan tujuan untuk penambahbaikan berterusan bagi kesinambungan perniagaan yang berpanjangan di dalam menawarkan nilai kepada kumpulan sasar yang terpilih.

What do you think?

Leave a Reply