in

INDIGO by DECENT • Perfume Untuk ‘Anak Jantan’

Dunia hari ini penuh dengan cabaran! Apatah lagi bagi lelaki atau jantan. Tidak kira anda seorang ustaz, ahli korporat, pelajar institusi pengajian tinggi atau di mana jua anda berada atau apa jua lingkungan kehidupan anda, jika jiwa tidak kental, alamat cepatlah semangat anda lesu. Mungkin anda perlukan sedikit suntikan semangat ‘anak jantan’ daripada DECENT Perfumes untuk memastikan semangat anda sentiasa berada di zon teratas — Memperkenalkan INDIGO iaitu pewangi untuk ‘Anak Jantan’.

Perkataan ‘Anak Jantan’ sebenarnya adalah satu konotasi positif yang berupa semangat kepada setiap anak lelaki terutamanya yang lahir sebelum zaman millennium.

Anak Jantan bermaksud bertanggungjawab, lasak dan berani. Lelaki jenis ini berfungsi sebagai pelindung. Iaitu pelindung bagi keluarga, masyarakat, negara dan paling utama adalah pelindung agamanya.

Golongan ini tidak senang hati atau amat bermusuh dengan sebarang ancaman atau gejala yang boleh merosakkan golongan di bawah tanggungjawabnya.

Anak Jantan tidak seperti ayam jantan yang berkokok merata tetapi Anak Jantan adalah lelaki bijak yang tahu bila dan ketika untuk berdiri tegak.

Mereka juga amat memelihara keturunan atau nasab mereka dan pastinya bukan jenis lelaki jalang yang berfoya-foya atau yang tidak memelihara kemaluannya.

Membawa gelaran Anak Jantan adalah satu penghormatan yang sewajarnya kita amat berbangga dan sentiasa berusaha untuk memelihara gelaran ini sebaik mungkin.

Satu lagi perkara yang pasti dan wajib dibawa bersama gelaran Anak Jantan ini adalah bahawa anak jantan bukan seorang gay. Jika anda gay, anda tidak layak membawa gelaran ini.

Tetapi sayangnya kini perkataan ‘Anak Jantan’ ini sering disalah anggap terutamanya perkataan ‘Jantan’. DECENT Perfumes ingin mengubah sangkaan atau dogma negatif ini di dalam masyarakat.

Anda Anak Jantan? Jom bersama kita tegakkan perkataan dan karektor Anak Jantan di dalam masyarakat agar masyarakat kita lebih bermaruah.

Tunggu kemunculan INDIGO Collezione by DECENT untuk menambah semangat kejantanan anda.

What do you think?

Leave a Reply