in

Ini Zaman Kebangkitan Gadis & Wanita Lasak ‘Flawless’ Asia

Zaman untuk gadis dan wanita mengejar dan tergila-gilakan kulit wajah ‘flawless’ putih seperti orang putih atau sekurang-kurangnya seperti seorang pelakon pan-asian telah hampir luput.

Gelombang baru yang sedang tumbuh subur adalah golongan Gadis & Wanita Puri Asia yang berkulit sedikit cerah bercampur sawo matang. Inilah golongan yang mempunyai tahap keyakinan diri dan jiwa yang steady kental.

Kita panggil gelombang ini sebagai The Rise of Puri Asian Girls & Women!

Sekiranya anda masih belum memahami tentang konsep Gadis & Wanita Puri Asia, anda patut merujuk ke artikel sebelum ini tentang isi dan tunggak yang terkandung di dalam konsep indah ini.

Anda juga mungkin berminat untuk mengetahui tentang Lambang Kewanitaan Sejati Titiwangsa yang turut dinyatakan di dalam artikel yang sama.

Tidak kira mereka ini seorang pekerja di pejabat korporat, kakitangan awam mahupun yang menjadi ‘personal shopper’ atau pemandu treler — mereka adalah Gadis & Wanita Puri Asia!

Ada juga di antara mereka yang agak cerah tetapi walaupun memilik kulit sebegitu, anda tidak akan melihat mereka melarikan diri seperti di dalam iklan produk memutihkan kulit di media massa.

Mereka tetap steady di mana jua dan matahari adalah rakan baik mereka.

Bersesuaian dengan zaman krisis Covid-19 ini di mana pendedahan anda kepada cahaya matahari mungkin boleh membantu merendahkan risiko jangkitan Covid-19 dan juga menguatkan sistem pertahanan tubuh badan mereka.

Selain itu, cahaya matahari juga menjadi kawan baik mereka dari segi penghasilan vitamin D yang baik untuk kesihatan kulit dan tubuh.

Gadis & Wanita Berkulit Gelap Tetapi Flawless Menggoda

Walaupun mereka berkulit sedikit gelap tetapi jangan pula sangka mereka ini sejenis makhluk yang tidak mengambil kisah langsung tentang penjagaan kulit dan rupa.

Kulit mereka tetap ‘flawless’ walaupun sedikit gelap.

Walaupun ada yang ‘kurang’ ‘flawless, tetapi kekuatan jiwa mereka memang bukan tandingan wanita ‘flawless’ yang tergila-gila nak menjadi pan-asia atau mabuk mahsyuk nak menjadi orang Korea.

What do you think?

Leave a Reply