in

Jimat Giler Dengan Drive-Thru Tapi Food Panda & Grab Food Is IRRELEVANT!

Alternatif lebih bijak untuk anda menjimatkan perbelanjaan bulanan

Di dalam suasana ekonomi malap, untuk “survive”, beberapa perubahan atau modifikasi cara hidup terpaksa dilakukan. Antaranya, budaya Food Delivery iaitu sebahagian daripada budaya “convenience shopping” di Malaysia.

Tarikan utama kenapa Food Panda & Grab Food menjadi sebahagian daripada cara hidup seharian kita pada hari ini adalah faktor CONVENIENCE. Memang memudahkan tetapi ia hadir bersama beberapa “setbacks”.

 

“Setbacks” – Mencari Alternatif Food Panda & Grab Food

“Convenience Shopping” memang fun – kata orang muda.

Tapi “setback” yang terpaksa ditanggung – peningkatan kos menjalani kehidupan seharian atau kos sara hidup.

Semasa ekonomi sedang ok, mungkin ianya “no big deal” setakat tambahan kos beberapa ringgit.

Apabila keadaan berubah, sukar untuk dijustifikasi kadang-kadang di dalam situasi ekonomi yang malap.

Jika ekonomi tidak berapa cantik, ditambah pula dengan peningkatan kadar inflasi yang menyebabkan harga melambung tinggi, kos sara hidup juga akan meningkat berkali ganda – kita tidak akan boleh bertahan.

Untuk “survive” kita perlukan sedikit keanjalan (fleksibiliti) iaitu dengan mengubah beberapa faktor yang di bawah kawalan kita.

Terdapat beberapa faktor yang boleh kita kawal. Jika kita mahu.

 

Drive-Thru – Cara Hidup Lebih Fleksibel & Menjimatkan

Satu lagi faktor di dalam “Convenience Shopping” adalah masa – Penjimatan masa.

Bayangkan:

Anda sememangnya jenis tidak memasak di rumah (tidak kira apa jua alasan anda untuk tidak memasak di rumah). Atau pada beberapa hari tertentu setiap minggu anda memang tidak ada mood memasak.

Biasanya anda akan menempah makanan untuk delivery ke rumah atau ke pejabat anda.

Selain daripada kos produk, setiap tempahan ini juga bermakna ada kos ekstra – caj penghantaran.

 

Anda Boleh Mengubahnya Untuk Fleksibiliti & “Survival” – Cara Drive-Thru

Semasa hendak bergerak pulang ke rumah atau ketika menghidupkan enjin, anda terus membuat tempahan makanan Drive-Thru di gerai atau kedai “feveret” anda dan terus membuat bayaran secara online.

Anda masukkan gear dan terus bergerak menghala pulang.

Tidak lama kemudian, anda mendapat notifikasi di telefon bimbit anda yang mengatakan bahawa pesanan Drive-Thru anda telah sedia.

Sampai di hadapan gerai atau kedai anda membuat pesanan, anda hanya berhenti sebentar dan kelihatan seorang pekerja gerai datang dan memberikan anda bungkusan makanan yang dipesan.

Tanpa keluar kereta, pesanan anda telah disempurnakan tanpa kos ekstra.

Ini adalah penjimatan penting untuk meminimakan kos perbelanjaan bulanan anda.

Jika sehari penjimatan sebanyak RM5 atau RM10, jika biasanya 20 kali sebulan adalah bersamaan dengan penjimatan RM100 atau RM200.

 

Lebih Penjimatan Dengan PASAR ONLINE ZUQ

Melalui PASAR ONLINE ZUQ, kos sara hidup anda akan lebih jimat lagi kerana ZUQ tidak mengenakan peniaga caj sehingga 30% seperti yang biasa dikenakan oleh operator delivery seperti Food Panda atau Grab Food.

Peniaga tidak perlu menaikkan harga pun untuk “cover” caj tersebut kerana kadar yang dikenakan adalah terlalu minima berbanding kadar biasa di dalam pasaran.

What do you think?

Leave a Reply