in

Kita Geng Carta ke Geng Kira-Kira? Mana yang sesuai dengan jiwa?

Img 2243

Kalau kita dah mula minat pasal saham atau pelaburan mesti kita biasa dengar pasal Teknikal Analisis dan Fundamental Analisis.

Tapi apa benda sebenarnya ni? Nak guna yang mana? Mana satu yang sesuai dengan jiwa kita?

Okay jom kita cerita dan bezakan dengan mudah.

Geng Carta – Teknikal Analysis

Ini geng-geng yang suka tengok harga pasaran saham naik turun. Dia tak kisah pun syarikat tu jual apa, CEO dia siapa ke yang penting corak harga tu cerita apa.

Boleh kata nak jadi geng ni mata kena tajam, tangan kena laju lah. Beli hari ni, jual minggu depan. Swing ke scalping ke semua dia layan.

Geng teknikal ni percaya:

Harga tak pernah tipu. Apa yang berlaku, semua dah tercermin dalam carta.

Kalau kita jenis suka benda visual, cepat buat keputusan dan suka tengok market mungkin ini yang terbaik.

Geng Kira-Kira – Fundamental Analysis

Yang ni pula geng yang suka tengok akaun syarikat. Dia nak tahu dulu syarikat tu buat untung ke , rugi ke, ada banyak hutang ke tak, pengurusan power ke tidak sebelum dia nak beli saham.

Geng fundamental ni biasanya beli dan simpan. Kalau dia tengok potensi syarikat tu bagus, dia sanggup tunggu bertahun-tahun sebab dia nampak nilai sebenar syarikat tu pada masa akan datang.

Dia percaya:

Aku nak beli bisnes, bukan beli harga.

Kalau kita jenis sabar, suka buat kira-kira, minat tengok bisnes berkembang mungkin geng ni lebih ngam.

Gabung Dua-Dua Pun Boleh

Ramai pelabur bijak guna dua-dua. Pilih saham guna Fundamental Analysis tapi nak beli bila, tunggu harga murah ke kita guna Teknikal Analysis. Style kan?

Kesimpulannya

Saham ni bukan ikut trend, tapi ikut kefahaman. Tak kisah anda geng carta ke geng kira-kira yang penting ilmu kena ada.

Sebelum beli saham, beli dulu ilmu. Baru tak sesat dalam dunia penuh naik turun ni.

What do you think?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *