in

Masalah pengurusan perakaunan bisnes mikro & cara mengatasinya

Ramai peniaga mikro yang telah mempunyai kesedaran dan pemahaman bahawa setiap perniagaan perlu mengamalkan pengurusan perakaunan dengan bersistematik.

Namun sebelum itu usahawan perlu mengatasi cabaran-cabaran tipikal untuk melaksanakan sistem pengurusan perakaunan di perniagaan kecil mereka.

Jom kita selidik apakah cabaran-cabaran utama bagi perniagaan mikro dan kecil untuk melaksanakan sistem perakaunan yang baik.

Kita juga akan melihat pilihan berpotensi sebagai solusi untuk mengatasi cabaran-cabaran tipikal yang telah dikenalpasti.

#1 Kekangan masa untuk fokus menguruskan perakaunan

Ramai usahawan menghadapi masalah kekurangan masa untuk menguruskan perakaunan perniagaan yang dijalankan. 

Pengurusan perakaunan memerlukan fokus. Tidak kira apa juga saiz perniagaan anda.

Apabila segalanya anda terpaksa lakukan sendiri, fokus akan terbang melayang.

Sebagai contoh, ketika anda baru hendak mengemaskini transaksi-transaksi perniagaan ke dalam sistem perakaunan, pelanggan datang dan anda terpaksa menguruskan pelanggan pula.

Situasi sebegini adalah situasi yang tidak kondusif bagi menguruskan perakaunan anda sebaik mungkin.

SOLUSI UNTUK MENGATASI MASALAH KEKURANGAN MASA MENGURUSKAN PERAKAUNAN PERNIAGAAN KECIL

SOLUSI 1: 

Menggaji kerani akaun untuk menguruskan perakaunan perniagaan. 

Anggaran kos di bawah RM3,000 sebulan.

ISU BERKAITAN MENGGAJI KERANI AKAUN: 

Kos bulanan akan meningkat untuk membayar gaji dan kos-kos lain yang berkaitan seperti penyediaan komputer, pejabat dan latihan.

SOLUSI 2:

Mendapatkan perkhidmatan pengurusan perakaunan sumber luar (outsourced accounting services) secara bulanan. Mungkin lebih jimat daripada menggaji pekerja sendiri (kerani akaun).

Anggaran kos untuk perkhidmatan pengurusan perakaunan luar (outsourced accounting service) sekitar RM1,000 dan ke bawah sebulan bagi laporan secara bulanan.

ISU BERKAITAN MENGGUNAKAN SYARIKAT LUAR UNTUK MENGURUSKAN PERAKAUNAN SECARA BULANAN:

Peningkatan kos bulanan perniagaan kerana caj yang dikenakan adalah tinggi.

SOLUSI 3:

Mendapatkan satu lagi jenis perkhidmatan perakaunan sumber luar (outsourced accounting services) iaitu laporan perakaunan secara tahunan. 

Kaedah ini adalah kaedah biasa dan kebiasaannya disediakan oleh setiausaha syarikat (company secretarial services).

Solusi ini memang lebih jimat daripada menggaji pekerja sendiri (kerani akaun) dan dan lebih jimat daripada perkhidmatan pengurusan perakaunan sumber luar secara bulanan.

Anggaran kos untuk perkhidmatan pengurusan perakaunan luar (outsourced accounting service) secara tahunan ini adalah di bawah RM1,000 bagi laporan perakaunan perniagaan anda sepanjang tahun.

ISU MENGGUNAKAN SYARIKAT LUAR UNTUK MENGURUSKAN PERAKAUNAN SECARA BULANAN

Fungsi utama sistem perakaunan adalah untuk membantu pengurusan harian perniagaan. Apabila laporan perakaunan disediakan setahun sekali, ini bermaksud laporan perakaunan hanyalah untuk statutori seperti percukaian dan SSM.

Leave a Reply

One Comment

#2 Pengetahuan terhad & tiada pengalaman menguruskan perakaunan

Apabila disebut perakaunan, kebanyakan peniaga tidak mempunyai asas yang kukuh. Bagaimana mungkin menguruskan perakaunan bersistematik tanpa pengalaman dan pengetahuan.

Leave a Reply

One Comment

View More Comments

#3 Akses terhad & pendedahan kepada sistem yang memudahkan

Sama ada menggunakan MS Excel atau sistem perakaunan, ramai yang ada kekangan untuk menggunakan semua ini kerana semuanya memerlukan usahawan belajar dan memahaminya secara mendalam.

Leave a Reply

One Comment

View More Comments

#4 Sukar mengekalkan disiplin pengurusan rekod secara konsisten

Memang sukar sekali untuk sentiasa konsisten di dalam merekod transaksi. Apatah lagi di dalam situasi segalanya terpaksa dilakukan sendiri.

Leave a Reply

One Comment

View More Comments

#5 Memilih mengutamakan operasi berbanding menguruskan perakaunan

Terpaksa mementingkan operasi berbanding pengurusan perakaunan, agar sumber pendapatan di dalam masa terdekat tidak terganggu. Apa-apa hal, jualan lebih penting.

Leave a Reply

One Comment

View More Comments

Brand & Author

Notivana
Notivana
Pengkritik jenama kecil dengan tujuan untuk penambahbaikan berterusan bagi kesinambungan perniagaan yang berpanjangan di dalam menawarkan nilai kepada kumpulan sasar yang terpilih.

What do you think?

Leave a Reply