Benarkah apa yang dinyatakan di dalam tajuk? Atau sekadar satu ‘clickbait’ semata-mata? Jom kita ‘explore’ untuk mendapatkan mesej dan faedah sebenar yang ingin disampaikan melalui artikel ini.
Reading is killing your potential: pic.twitter.com/7bgRFWgzjX
— Dakota Robertson (@WrongsToWrite) February 8, 2024
Kaedah pembelajaran alternatif bagi individu, yang kami percaya berkesan dan kami amalkan
Pembelajaran melalui penulisan sebagai kaedah teras.
Kenapa & bagaimana belajar melalui kaedah penulisan sebagai teras:
- Menulis akan ‘memaksa’ kita untuk mencari rujukan.
- Mencari atau merujuk, ‘memaksa’ kita untuk membaca.
- Untuk menulis, kita perlu faham skop subjek untuk ditulis. Ini bermakna kefahaman kita terhadap sesuatu subjek serta pecahan-pecahannya iaitu skop, adalah wajib untuk membolehkan kita mampu memulakan sesuatu penulisan.
- Kefahaman skop subjek sahaja tidak cukup, kita perlu mampu pula untuk menstrukturkan pemahaman kita tentang sesuatu skop komponen/sub bagi sesuatu subjek.
- Setelah mampu menstrukturkan komponen, barulah kita boleh menulis meliputi sesuatu komponen berdasarkan skop komponen.
- Setelah selesai penulisan, kita ‘terpaksa mengulangkaji’ penulisan untuk memastikan ketepatan point yang ditulis. Ini ‘memaksa’ kita membaca lagi, berulangkali.
- Proses ulangkaji ini turut membantu memori atau daya ingatan terhadap subjek.
- Proses ini juga memberi peluang untuk memperbetulkan atau mempertajamkan pengetahuan kita tentang subjek.
- Belajar melalui penulisan adalah lebih tepat dan kita akan ‘dipaksa’ untuk mengikut disiplin.
Kesimpulan isu membaca dan memaksimakan potensi pembelajaran
Membaca itu wajib dan tidak boleh dielakkan. Cuma, kaedah teras sahaja yang bertukar daripada membaca kepada menulis. Bermaksud, untuk memaksimakan apa yang dipelajari, kita perlu membuat penulisan. Kualiti kandungan penulisan akan memberikan petunjuk tentang tahap penguasaan kita terhadap perkara yang dipelajari.
Tips belajar menggunakan penulisan sebagai kaedah teras
- Kualiti pemahaman ilmu secara umumnya diukur berdasarkan betapa ringkas perkataan dan ayat digunakan untuk menyampaikan sesuatu ilmu dalam bentuk penulisan.
- Dapatkan rakan atau mentor anda yang mahir tentang subjek yang ditulis untuk membaca (proof read) penulisan anda untuk penambahbaikan atau pembetulan.
- ‘Perfection‘ bukanlah matlamat anda di dalam penulisan, sebaliknya disiplin dan ‘continuous improvement‘ wajib menjadi prinsip utama. Jika anda mencari ‘perfection‘, anda pasti akan menderita.
- Petakan pecahan komponen/sub serta tajuk penulisan kecil yang dipanggil ‘Nano Topics‘.
- Gunakan kaedah ‘Nano Writing‘ iaitu penulisan-penulisan pendek sekitar 200-300 perkataan untuk menghasilkan penulisan setiap ‘Nano Topic‘ untuk membina asas pemahaman dan penulisan anda.
- Akhirnya barulah kita hasilkan penulisan komprehensif bagi subjek utama dengan menggunakan teknik ‘content curation‘ di mana kita menggabungkan rangkaian ‘Nano Topics‘ yang telah dihasilkan sebelum ini dan digabungkan dengan pelbagai rujukan/kandungan tambahan baru seperti video, gambar dan sebagainya untuk menghasilkan kandungan baru yang komprehensif.
- Masukkan rujukan ke ‘Nano Topic‘ yang telah anda tulis untuk menjadikan penulisan komprehensif anda benar-benar berkuasa di dalam dunia digital.