Fakta dan akal beserta logik tidak sesekali akan membenarkan teori bahawa pesawat malang MH370 telah menghilang di Lautan Hindi melalui Laut Andaman atau menuju ke Diego Garcia. Apatah lagi untuk menuduh Kapten Zahari sebagai telah hilang akal untuk membunuh diri bersama-sama penumpang pesawat yang dipandu beliau.
Artikel ini juga bukanlah satu clickbait untuk mengumpan.
PENAFIAN | Sebelum kita pergi lebih jauh, penulis ingin mengingatkan bahawa penulisan ini tidak ditulis berdasarkan fakta rasmi dan tidak bertujuan untuk melukakan hati sesiapa malah tidak secubit pun berniat untuk menghiris hati mana-mana ahli keluarga mereka yang terlibat di dalam isu kehilangan MH370. Penulis hanya ingin mengajak para pembaca untuk melihat dan menilai semula andaian dan persepsi yang telah “dicipta” dan disuntik ke dalam minda kita semua tentang kehilangan pesawat MH370 ini yang melibatkan pihak berkuasa di peringkat kerajaan Malaysia, peringkat antarabangsa dan pastinya juga oleh pelbagai media sama ada media rasmi mahupun yang tidak rasmi seperti blog, media sosial dan sebagainya.
Penat! Ya pastinya ramai yang sudah penat dan kecewa dengan apa yang dicapai sepanjang beberapa tahun ini di dalam usaha pencarian pesawat MH370 dan usaha untuk merungkai misteri yang hampir boleh dibandingkan dengan misteri Segitiga Bermuda, cuma berbeza dari segi era dan zaman.
SOALAN ULTIMATE UNTUK DIJAWAB BERKAITAN MH370
Sebelum anda mula membuang masa mengeluarkan pelbagai teori dan pendapat, sekiranya anda merasakan pesawat MH370 pernah berada di sekitar Lautan Hindi atau Diego Garcia, anda harus menjawab soalan berikut:
- Adakah anda fikir TUDM atau Tentera Udara Diraja Malaysia terlalu lemah?
- Adakah anda fikir Malaysia tidak mempunyai sistem radar?
- Adakah anda fikir sistem pertahanan udara Malaysia rabun-rabun ayam?
- Adakah anda fikir pesawat jet Malaysia memerlukan setengah hari untuk melakukan scramble?
- Adakah anda fikir tiada tentera udara Malaysia yang sedang bekerja pada hari itu?
Sekiranya anda mampu menjawab soalan-soalan di atas dengan waras, pemikiran waras anda pasti akan membawa anda ke sebaris kenyataan:
Takkanlah ada sebarang pesawat tanpa tujuan, dengan senang-lenang boleh menyeberang semenanjung tanah bertuah dan bertuan ini TANPA PENGETAHUAN TUDM.
SOALAN KEDUA UNTUK DIJAWAB BERKENAAN MH370
Sekiranya pesawat MH370 tidak boleh bersenang-lenang menyeberang semenanjung Malaysia, apakah kebarangkaliannya?
Ya betul! Apa yang anda sedang fikirkan adalah bijak!
Terdapat 2 kebarangkalian:
- Kebarangkalian Pertama: Pesawat MH370 menyeberang semenanjung dan perkara ini berada di dalam pengetahuan TUDM.
- Kebarangkalian Kedua: Pesawat MH370 TIDAK PERNAH MENYEBERANG semenanjung.
Rileks! Anda tidak perlu memandai-mandai membuat konklusi lagi. Masih banyak lagi soalan dan kebarangkalian yang perlu dijawab, sebelum anda boleh membuat konklusi.
Ketika ini, kita mungkin baru sahaja menjawab 10 soalan daripada 5,000 soalan. Masih jauh lagi.
Daripada 2 kebarangkalian di atas, ia akan terus berpecah lagi dan membentuk beberapa kebarangkalian lain yang lebih kompleks.
SOALAN KETIGA UNTUK DIJAWAB BERKENAAN MH370
Mungkinkah Misi SAR (Search & Recue) Antarabangsa yang diketuai oleh Australia hanyalah wayang semata-mata?
Sekiranya wayang, maka segala kisah dan cerita tentang betapa “ambil beratnya” mereka dengan kehilangan pesawat serta nasib penumpang MH370 tidak lebih hanyalah drama seorang macai untuk mengelak bocornya RAHSIA.
Kita juga harus bertanya dan menjawab: Macai kepada siapa?
———– Bersambung