in

Naikkan Jualan Bisnes Spa & Salon Dengan Susunan Strategi – Bhg. 1

Strategi naikkan jualan bisnes spa & salon bahagian 1 – Market Niche

Strategi menaikkan jualan bisnes spa & salon

Nak menaikkan jualan bisnes spa & salon tidaklah mudah dan tidak munasabah dilakukan secara overnight atau semalaman sahaja. Kita perlukan strategi! Tak ada strategi, bisnes spa kecantikan atau salon rambut kita akan menjadi komoditi seperti kelapa sawit atau getah SMR sahaja di mata manusia.

Ubah dan perbaiki bisnes yang nampak kusam dan tidak menarik. Atau pendeknya nothing special. Apabila lalu di hadapan salon rambut kita atau mendengar nama spa kita, seolah-olah tiada erti bagi mereka.

 

Bagaimana Menjadikan Mata Pelanggan Bersinar Apabila Nampak atau Lalu di Hadapan Salon atau Spa Kita?

 

Jawapan kepada soalan ini adalah mahal!

Kita tidak akan mendapat jawapan atau caranya dengan senang. Namun, mungkin kita boleh permudahkan proses untuk mendapatkan cara untuk mengubah persepsi pelanggan terhadap bisnes salon atau spa yang kita jalankan.

Tidak kira sama ada spa atau salon rambut anda sudah berdekad-dekad umurnya ataupun baru beberapa bulan beroperasi. Tetap ada caranya.

 

Mulakan Dengan Strategi Berkaitan Dengan Market Niche Untuk Mula Merangka Strategi Memajukan Bisnes Spa / Salon Anda

 

Definisi market niche bagi perniagaan spa & salon

 

Apa itu Market Niche?

Cara mudah nak faham pemasaran dan konsep pemasaran adalah dengan perumpamaan dan mungkin cerita. So, mari kita bercerita sedikit.

 

Cara sebutan: mar-ket + nij.

 

Melainkan anda menjual sabun ajaib atau beras ajaib yang mempunyai kuasa sakti, mungkin anda tidak perlukan market niche.

Selain daripada itu, anda pasti perlukan market niche ini.

 

Market niche adalah sub-segmen pasaran (penerangan paling mudah walaupun tidak berapa tepat).

 

Jika menggunakan segmen, segmen pasaran mungkin kita boleh pecahkan kepada segmen pengguna, segmen perniagaan, segmen wanita dan pelbagai macam segmen lain yang boleh didasari oleh kriteria tertentu.

Jika menggunakan segmen pasaran sahaja tidak cukup untuk dianggap market niche lagi. Kita perlu lebih mendalam. Kenapa perlu lebih mendalam?

 

Red & Blue Ocean dalam bisnes spa & salon

 

Market niche & kisah kolam penuh jerung.

 

Pada tahap segmen, jumlah spa atau salon yang menyasarkan dan bermain di pasaran ini masih ramai. Ia masih lagi dianggap sebagai kolam yang penuh dengan jerung-jerung yang lapar. Memang ada banyak ikan di tahap ini tetapi jika anda adalah jerung kecil dan perlu berentap dengan jerung kelas The Rock atau Rodtang (peninju Muay Thai), anda mungkin akan menjadi jerung yang semakin kurus kerana kurang makan dan bertampal sana sini selalu kena belasah.

*** Nota: Kisah jerung dan kolam di atas adalah perumpamaan bagi Red Ocean jika anda ingin memahami konsep Red Ocean & Blue Ocean.

 

Bisnes spa & salon perlu pergi lebih dalam untuk berjaya sampai ke syurga pasaran bergelar Blue Ocean.

 

Maka, untuk menggunakan market niche sebagai sub-segmen, mungkin ia adalah sub-segmen kepada kumpulan segmen berikut; segmen pengguna, segmen wanita, segmen berdasar lokasi dan sebagainya.

Apa contoh sub-segmen bagi kumpulan segmen tersebut yang mungkin sesuai untuk dijadikan market niche bagi spa atau salon rambut anda?

 

Sub-segmen yang boleh diwujudkan bagi bisnes spa & salon.

 

Sebelum anda teruskan pembacaan, harus diingat ini adalah sekadar idea mudah untuk memberi pemahaman asas tentang sub-segmen semata-mata. Untuk info dan panduan yang tepat, anda perlu mengkaji dan menilai sendiri mengikut situasi dan setting bisnes anda.

Jika segmen anda adalah wanita, maka sub-segmen yang terlibat mungkin sub-segmen berikut; surirumah, wanita bekerja, wanita dengan disposable income untuk kecantikan RM 1,000 sebulan.

Senarai sub-segmen tersebut tidak berhenti di situ. Ada pelbagai lagi sub-segmen boleh disenaraikan lagi jika difikir dengan mendalam.

 

Tips Untuk Meningkatkan Jualan Bagi Perniagaan Spa & Salon Menggunakan Strategi Market Niche.

 

Pilih sub-segmen pasaran yang mempunyai saiz pasaran yang sesuai dengan jangkaan jualan (sales projection) anda.

Jika saiz pasaran bagi sub-segmen yang anda pilih terlalu kecil, gabungkan beberapa sub-segmen untuk mencapai saiz pasaran yang dikehendaki.

 

Definisi pasaran di dalam bisnes spa & salon.

Usahawan spa & salon wajib untuk memahami bagaimana mendefinisi saiz pasaran dan perkara-perkara lain berkaitan definisi pasaran (market definition)

 

Pilih sub-segmen pasaran yang masih tiada market leader.

Perumpamaan bagi sub-segmen yang tiada market leader ini adalah seperti hutan dara yang belum diteroka secara komersial.

 

Fahami sub-segmen pasaran yang anda pilih untuk disasarkan sebagai market niche bisnes anda.

Buat kajian pasaran, rekodkan maklumat-maklumat berkaitan sub-segmen pasaran tersebut secara tersusun dan mengikut klasifikasi maklumat pasaran. Anda mesti belajar tentang kaedah ini jika anda keliru dengan kenyataan ini.

 

Fikirkan objektif, strategi & taktikal untuk attack sub-segmen pilihan.

Berdasarkan pemahaman anda tentang sub-segmen pasaran, fikirkan objektif dan strategi serta cara bagaimana kaedah anda untuk capture market.

Tetapkan objektif yang jelas bagi setiap sesuatu yang anda rasakan penting bagi pemasaran anda.

 

Kumpul idea untuk pemasaran di dalam sub-segmen sasaran.

Setelah anda memahami sasaran di dalam sub-segmen dan mendapat ilham serta idea yang jelas bagi objektif, strategi & taktikal pemasaran, fikirkan pula unsur-unsur berkaitan apa, bagaimana, bila, di mana dan siapa untuk tujuan pemasaran bagi menarik pelanggan daripada sub-segmen pilihan anda.

Seterusnya, scrutinize idea-idea pemasaran tersebut dan pilih beberapa idea yang terbaik.

 

Susun perlaksanaan idea-idea pemasaran bagi bisnes spa & salon anda.

Dah ada idea-idea yang terpilih, susun di dalam bentuk aktiviti pemasaran yang boleh dijadualkan mengikut keperluan dan kemampuan pemasaran anda.

 

Review & penambahbaikan aktiviti pemasaran.

Tidak semua idea pemasaran yang dilaksanakan adalah berkesan. Jangan risau, ini adalah satu perkara normal di dalam pemasaran.

Pemasaran adalah uji & ukur (test & measure) melalui proses review.

Buat penambahbaikan atau tinggalkan idea atau aktiviti yang anda rasakan tidak mencapai objektif yang anda jangkakan.

 

Rumusan sub-segmen & market niche bagi bisnes spa & salon.

 

Pada peringkat akhir untuk topik penggunaan market niche adalah untuk memilih sub-segmen yang terbaik, sesuai dengan apa yang anda tawarkan, jangkaan tahap keuntungan dan sebagainya.

Jika sub-segmen tersebut adalah terlalu kecil dan jangkaan jualan adalah terlalu kecil dan tidak berada di dalam skala sasaran jualan anda, last option adalah untuk menggabungkan satu lagi atau beberapa lagi sub-segmen.

Maka, apa yang anda pilih itulah market niche bisnes spa atau salon rambut anda.

 

Langkah seterusnya di dalam usaha meningkatkan jualan spa & salon anda.

 

Usaha untuk menaikkan jualan bisnes anda tidak berhenti setakat di sini.

Terdapat beberapa langkah lagi yang perlu dilakukan.

Ikuti artikel seterusnya di dalam bahagian 2

.

.

.

Info & Rujukan Bagi Pemasaran & Pengurusan Bisnes Spa, Salon & Perniagaan Berasakan Perkhidmatan:

 

  1. Taktikal – Menaikkan jualan spa & salon tanpa iklan.
  2. Seri Asia – Platform & aplikasi untuk pemasaran dan pengurusan (termasuk POS – Point of Sales) perniagaan spa, salon, klinik haiwan, homestay, perunding & coach serta lain-lain perniagaan berasaskan perkhidmatan & tempahan di Malaysia.
  3. Mimmo Plus – Platform komuniti untuk listing, pengiklanan, pemasaran dan pengurusan tempahan (booking & reservation) di Malaysia.
  4. Mimmo Community Commerce, Seri Asia & Mplus – Misi menaiktaraf sistem pengurusan & pemasaran bagi perniagaan berasas perkhidmatan kecil komuniti di Malaysia dengan bajet rendah.

What do you think?

Leave a Reply