in

Nak Bisnes Power Kena Ada Cara

Ada cara tersusun untuk meningkatkan prestasi perniagaan anda

Perniagaan adalah ibarat sebuah kisah pengembaraan seorang laksamana di lautan nombor — untuk berjaya mencapai cita-cita, mesti ada peta, tahu arah angin bertiup, tahu titik-titik perhentian & paling penting, tahu destinasi nak dituju.

3 SEBAB UTAMA USAHAWAN GAGAL

Bukan kerana orang lain, bangsa lain atau makhluk lain; tetapi kerana yang empunya diri.

#01 Tiada Sasaran Jelas

Tengok orang lain berniaga macam senang sahaja, maka dia pun nak berniaga juga. Soalannya, apa sasaran bisnes nak dicapai?

Tak tahu? ANDA GAGAL!

#02 Disiplin Hancur

Ada sasaran yang baik, tapi berniaga ikut ‘syok’ sendiri. Ada ‘cash’ lebih dalam poket, pergi belanja sana sini. Kedai buka ikut bangun pagi pukul berapa.

Macam ni? ANDA GAGAL!

#03 Berniaga Dalam Gelap

Ada sasaran, ada disiplin tapi tak tahu untung rugi tepat, tak tahu berapa kadar keuntungan, tak tahu itu, tak tahu ini. Anda berniaga tanpa rekod.

Berjaya atau gagal? ANDA GAGAL!

SEBENTAR! KITA MASIH BELUM SELESAI

Ada beberapa perkara lagi yang perlu anda ketahui dan fahami selanjutnya.

Kalau Tiada Sasaran

Kita boleh belajar apa dan cara untuk menetapkan sasaran perniagaan.

Kalau Tiada Disiplin

Kita boleh berusaha mengubah dan membentuk disiplin dengan kekuatan hati.

Berniaga Dalam Gelap

Anda boleh catit setiap sen dan setiap perkara tentang perniagaan anda.

Tapi Ada 1 Lagi Isu

Anda usahawan atau kerani pencatit minit mesyuarat? Nak berniaga anda kena lebih bijak.

PERAKAUNAN ITU WAJIB! WAJIB ADA! WAJIB TERSUSUN!

Sekiranya anda adalah usahawan di bawah program M.E.N – MIMMO Entrepreneurs Network, anda pasti pernah mendengar POSSUM POS (MICRO) atau POSSUM MANAGER dan POSSUM BOOKMANAGER sebagai solusi untuk memenuhi pelbagai keperluan di dalam pengurusan perakaunan dan data perniagaan mikro & kecil di Malaysia.

What do you think?

Leave a Reply