Sebagai kontraktor kecil, kita sama-sama tahu dan sedar bahawa kita perlu pantas dan cekap untuk merebut peluang kerja. Salah satu perkara penting untuk ditangani adalah Sebutharga & Invoice.
Namun, kebanyakan kontraktor masih lagi menggunakan kaedah manual. Masalah dengan penggunaan kaedah manual adalah dari segi kecekapan.
Ini adalah isu atau cabaran utama bagi kontraktor kecil iaitu lambat mengeluarkan Sebutharga dan Invoice.
Perbandingan sistem perakaunan atau invoice and billing yang sesuai untuk membantu kontraktor kecil mengeluarkan Sebutharga & Invoice dengan lebih pantas & cekap
Kami telah membuat perbandingan bagi 2 sistem utama untuk invoicing & billing iaitu NIAGAPLUS daripada NIAGAWAN dan juga KIRAKIRA daripada GO3.BIZ.
Perbandingan ini telah dibuat dari perspektif seorang kontraktor kecil.
KIRAKIRA vs NIAGAPLUS
Pendapat Pakar / Profesional
D.J. Mansieur: Aplikasi perakaunan / Invoicing & Billing KIRAKIRA 64% lebih jimat berbanding NIAGAPLUS (Niagawan).
Rosdee Malek: Aplikasi perakaunan apakah yang paling relevan bagi kontraktor kecil?
Aplikasi perakaunan / Invoicing & Billing KIRAKIRA 64% lebih jimat berbanding NIAGAPLUS (Niagawan)
Dari sudut perbandingan harga, KIRAKIRA adalah sistem perakaunan (invoicing & billing) yang paling jimat bagi kontraktor kecil.
Harga langganan setahun (listed price) bagi KIRAKIRA hanyalah RM 180 manakala NIAGAPLUS pula RM 500 (digenapkan daripada RM 495).
Ini bermakna kontraktor kecil di Malaysia boleh menjimatkan 64% daripada kos tahunan.
Penjimatan 64% ini pula bukanlah satu jumlah yang kecil tetapi adalah nilai signifikan berjumlah RM 320 setahun.
Jumlah RM 320 yang dijimatkan ini boleh digunakan oleh para kontraktor kecil ini untuk mendapatkan pelbagai lagi business tools kritikal bagi perniagaan kontraktor mereka atau dimasukkan ke dalam bajet pengiklanan.
Ringkasnya, penjimatan RM 320 (64%) yang ditawarkan oleh aplikasi KIRAKIRA adalah terlalu signifikan dan adalah satu kelebihan besar berbanding NIAGAPLUS.
Aplikasi perakaunan apakah yang paling relevan bagi kontraktor kecil?
Untuk menjawab soalan ini, faktor utamanya adalah tentang apakah fungsi kritikal berkaitan perakaunan dan kaitannya dengan kontraktor kecil.
Kebanyakan kontraktor kecil perlu mengatasi masalah ketidakcekapan atau lambat mengeluarkan Sebutharga & Invoice. Ini adalah cabaran utama mereka.
Di dalam kebanyakan kes, kontraktor kecil terpaksa mengharapkan orang lain sama ada ahli keluarga atau terpaksa membayar kedai percetakan untuk menyediakan Sebutharga & Invoice bagi mereka.
Satu lagi perkara yang dapat diperhatikan, kebanyakannya menggunakan MS Excel atau MS Word. Seterusnya, dapat difahami juga bahawa mereka terpaksa balik ke rumah atau pejabat dahulu dan menggunakan desktop atau laptop.
Faktor ultimate berkaitan pula adalah kaitannya dengan mobility di mana kontraktor boleh terus mengeluarkan Sebutharga atau Invoice on-site tanpa mengharapkan orang lain.
Jelas di sini bahawa kedua-dua aplikasi iaitu KIRAKIRA & NIAGAPLUS berpotensi bagi tujuan tersebut.
Bagaimanapun, dari segi user-friendly di mana Sebutharga atau Invoice boleh dikeluarkan dengan mudah & pantas, aplikasi KIRAKIRA jelas mempunyai kelebihan berbanding NIAGAPLUS.
Disokong pula oleh faktor penjimatan harga, KIRAKIRA secara umumnya adalah lebih dominan berbanding NIAGAPLUS jika hendak menjawab soalan tentang aplikasi yang mana satu adalah yang terbaik untuk kontraktor kecil.
Brand & Author
Recent
Niaga13/11/2025Apakah kaedah online marketing kos rendah atau percuma di Malaysia?
Hidup12/11/20259-Langkah memulakan Freelance Business dengan risiko gagal paling rendah
Niaga09/11/2025Senarai sistem perakaunan untuk kontraktor kecil & Harga
Niaga05/11/2025NIAGAPLUS (NIAGAWAN) vs. KIRAKIRA – Sistem perakaunan terbaik untuk kontraktor kecil




