Ramai yang tertanya-tanya apakah perkara paling penting di dalam berniaga dan jawapan yang muncul ada pelbagai macam.
Modal, ilmu, semangat, pengetahuan, pengalaman, minat dan pelbagai lagi. Tapi benarkah begitu?
Semua Orang Ingin Tahu Rahsia Bisnes Sukses
Semua orang yang ingin berniaga atau ada semangat ingin tahu, teringin sangat nak belajar tentang cara berniaga dan bagaimana orang sukses berniaga (yang level tinggi, bukan level nasib atau kelentong) boleh berjaya. Tetapi, seperti biasa, orang yang biasa-biasa akan mencari shortcuts. Ya, jalan pintas menuju kejayaan.
Malangnya, tiada jalan pintas menuju kejayaan. Success = Pains. Tetapi kebanyakan kita percaya mereka lebih bijak.
Maka, bergantang-gantanglah wang jualan dikumpul oleh penyedia pelbagai macam kursus dan kelas motivasi, sama ada yang tulen mahupun yang kelentong atau palatao. Tetapi, persoalannya, benarkah ini yang sepatutnya?
Pasak Untuk Berjaya Di Dalam Bisnes
Jikalau diteliti dengan mendalam kisah atau biografi usahawan yang berjaya, terdapat satu perkara atau pasak utama mereka untuk berjaya.
Pasak tersebut adalah satu faktor yang hampir tidak dibicarakan dengan meluas di Malaysia.
Seolah-olah, ianya adalah satu perkara yang tidak berkaitan.
Kita selalu dimomokkan dengan iklan, strategi dan virality sebagai kunci utama bisnes berjaya. Tapi hakikatnya, bukan!
So, apa dia? Jawapannya adalah sikap atau budaya suka membaca.
Pembuktian Faktor Kejayaan Membina Perniagaan Yang Sustainable
Anda rujuklah pelbagai biografi tokoh-tokoh perniagaan ternama.
Pasti di belakangnya atau tulang belakangnya adalah membaca. A lots of membaca. Bukan baca kaleng-kaleng. Bukan baca bila ada masa lapang. Tetapi membaca sebagai makanan sarapan, makanan tengah hari, hidangan minum petang, hidangan makan malam dan juga makanan sebelum tidur.
Setuju Atau Tidak?
Anda rasa anda tidak setuju? Anda boleh sahaja Google biografi atau kisah Bill Gates. Cari info tentang berapa buah buku dia baca sebulan?
Dari situ anda akan mendapat jawapan sama ada anda perlu bersetuju atau tidak dengan saranan di dalam posting ini.
Rujukan Lain Untuk Pemahaman Lebih Jauh
Membaca Membunuh Potensi Pembelajaran Anda?