in

Kecantikan & Media Sosial Malaysia: Fakta, Fiksyen & Fantasi

Mlife 2024 01 Aktivberry Berryplus2

Siti, perempuan biasa-biasa saja dengan pendapatan sederhana, sedang ‘scroll’ Instagram. Tiba-tiba dia terpikat dengan iklan produk kecantikan yang dipromosikan oleh influencer yang selalu dia ikuti. Harganya memang ‘wow’, tapi janji-janji manis influencer itu membuat Siti terpikat bagai kena jampi. Tanpa berfikir panjang, dia pun membeli produk tersebut.

Nah, inilah gambaran realiti harian dalam dunia media sosial di Malaysia.

Statistik menunjukkan 60% pengguna media sosial di Malaysia amat terpengaruh oleh iklan produk kecantikan (Sumber: Statista, 2020).

Tapi, ada banyak isu yang jarang dibincangkan. Antaranya soal harga, keselamatan produk, dan hype yang macam ‘over’ je.

Sebagai pengguna, kita selalu ‘diberitahu’ atau lebih tepatnya didoktrin bahawa produk mahal itu yang terbaik. Tapi jangan tertipu, ini bukan fakta sebenar.

Banyak produk kecantikan yang berharga mampu milik dan berkualiti tinggi di pasaran. Contohnya, Berry+2, jenama yang menawarkan produk berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan.

Selain itu, isu keselamatan produk juga sering kali diabaikan. Banyak produk kecantikan yang dijual di media sosial tidak mempunyai sijil kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ini boleh membahayakan kesihatan pengguna.

Bagaimanapun, Berry Labs iaitu ‘master brand’ bagi produk produk Berry+2 menjamin keselamatan produk mereka dengan memastikan semua produk mereka mendapat kelulusan dari KKM serta dikeluarkan oleh kilang yang bersih daripada sebarang rekod buruk atau kes melibatkan penggunaan bahan terlarang di dalam ramuan produk mereka.

Last but not least, hype yang ‘over’ sering kali digunakan untuk menarik perhatian pengguna. Tapi ini sering kali menimbulkan harapan yang tidak realistik serta menyesatkan pengguna. Berry+2 percaya dalam memberikan informasi yang jujur dan tepat tentang produk mereka tanpa perlu hype yang ‘over’.

Kesimpulannya, sebagai pengguna, kita perlu lebih berhati-hati dalam memilih produk kecantikan terutama di zaman ini iaitu zaman ‘money is everything’.

Jangan terpedaya dengan hype dan janji manis yang diberikan. Selalulah lakukan penyelidikan sendiri dan pilih produk yang selamat, berkualiti dan berpatutan.

So, adakah anda sudah bersedia untuk membuat pilihan yang lebih bijak dalam memilih produk kecantikan?

What do you think?

Leave a Reply