Food Delivery adalah sebahagian daripada Convenience Shopping bagi kehidupan hari ini. Tetapi, jika model Food Delivery ini dilaksanakan secara konvensional menggunakan operator komersial seperti Food Panda & Grab Food, sedikit sangat kebaikannya untuk komuniti.
Bagi peniaga yang biasa menggunakan perkhidmatan ini, anda patut sedar kenyataan ini.
Di dalam konsep ekonomi moden kapitalis, jika anda berseorangan, anda akan menjadi mangsa “pemerasan” seperti seekor biri-biri di tengah padang ragut yang penuh dengan serigala.
Untuk berjaya di dalam lanskap dunia moden ini, kita perlu BERSAMA BERGERAK & SEGERAK.
Apabila anda Bersama Bergerak Segerak, model ekonomi kapitalis akan sukar sekali untuk memangsakan anda.
Bagaimanapun terpulang kepada anda untuk memilih menjadi biri-biri yang bersendirian atau berkumpulan.
Pilihan Lebih Baik Untuk Komuniti
Bagi komuniti bijak, kini anda ada alternatif kepada Food Panda dan Grab Food.
Alternatif yang lebih baik untuk mengawal kenaikan kos sara hidup dan berkongsi hasil penjanaan ekonomi mengikut sumbangan nilai masing-masing.
Pilihan yang lebih baik agar kemakmuran ekonomi tempatan anda dikongsi bersama oleh ahli komuniti.
Alasan penggunaan operator Food Delivery komersial
Antara alasan utama penggunaan operator Food Delivery komersial adalah TIADA RIDER.
Selain itu, sikap INDIVIDUALISTIK kita juga menjadi punca. Sebagai contoh – “rider aku, aku punya rider lah”.
Natijah daripada sikap ini, masing-masing “survive” berdasarkan siapa kuat dia hidup. Ini bukan cara kehidupan berkonsep komuniti.
Ekonomi tidak boleh berkembang dengan cara sebegini. Sebagai contoh, pendapatan rider juga akan terhad dan sukar untuk berkembang.
Kesannya, siapa yang akan minat menjadi delivery rider jika pendapatan sangat terhad – terhad kepada pesanan daripada kedai seorang peniaga sahaja.
Kelompongan inilah mewujudkan peluang kepada operator food delivery komersial dan seterusnya menaikkan kos sara hidup.
Apabila kos sara hidup terus menaik, kita pun mengeluh dan tertanya-tanya kenapa kos terus meningkat. Sedangkan, puncanya adalah daripada diri kita sendiri atau lebih tepat, silap semua ahli komuniti atau masyarakat itu sendiri.
Selain itu, komuniti juga tiada aplikasi atau bantuan teknologi untuk memudahkan Rider Komuniti ini dibangunkan di dalam komuniti.
Inilah lompong atau kekosongan yang cuba diisi oleh PASAR ONLINE & ZUQ. Menyediakan aplikasi & sokongan teknologi sebagai satu solusi buat komuniti.
Sekiranya tiada ikhtiar dan usaha untuk mengatasi kelompongan tersebut, akibatnya masing-masing hanya mampu untuk cuba meneruskan kehidupan berdasarkan apa yang ada. Fikiran mudahnya, tiada rider, tiada food delivery.
Namun, masalahnya, food delivery ini adalah sebahagian daripada cara hidup hari ini. Food delivery adalah cara hidup “convenience shopping” yang telah menjadi rutin di dalam masyarakat.
Maka, kita WAJIB berubah!
Konsep Rider Komuniti – Langkah untuk kemakmuran bersama
MIMMO melalui PASAR ONLINE & ZUQ ada menyediakan platform untuk setiap komuniti di mana jua lokasi geografi anda di atas peta untuk membangunkan Komuniti Rider anda.
Platform yang membolehkan komuniti membangunkan kemakmuran bersama.
Bayangkan senario di mana setiap ahli komuniti boleh membangunkan potensi diri dengan senantiasa mencipta dan memberikan nilai kepada orang lain di dalam komuniti.
Nilai-nilai yang membentuk aktiviti ekonomi dan seterusnya diterjemahkan sebagai pendapatan kewangan. Selain daripada faedah dalam bentuk menyebarkan kebaikan kepada setiap ahli komuniti dan seterusnya umat kepada nabi akhir zaman.
Berubahlah! Tiada cara lain! Melainkan BERSAMA BERGERAK SEGERAK
Brand & Author
Recent
- Niaga19/01/2023Cara Menilai Peluang Perniagaan Kecil Terbaik & Berpotensi Tahun 2023
- Niaga15/07/2022Taktikal mudah yang ramai pengusaha salon atau spa terlepas peluang untuk menaikkan jualan salon atau spa tanpa kos ekstra
- Niaga12/07/2022Bina Keyakinan Pelanggan On The Spot dan Naikkan Jualan Anda
- Niaga12/07/2022Anda Tidak Boleh Menjadi Seperti YB Melawat Kawasan Untuk Memastikan Kejayaan Spa atau Salon Anda