Sinopsis dan ‘Future Fast Forward’ bagi dunia terutamanya di Malaysia jika politik pilihanraya terus dibiarkan adalah sampai kiamat pun kita rakyat akan terus dibebani oleh sejenis bebanan yang tiada prospek untuk kebaikan berpanjangan iaitu politik pilihanraya.
Jika benar politik itu ada kematangan, kita sudah berpuluh tahun merdeka, tetap juga percakaran politik berlaku.
Ini adalah kerana sifat politik itu adalah ‘untuk sentiasa bercakaran’.
Politik adalah tentang ‘assabiyah’! Politik adalah “engkau geng aku” atau “engkau geng lain”.
Maka, selagi hidup berpaksikan politik, selagi itulah percakaran akan terus berlaku.
Perkataan Politik Itu Sendiri Adalah Lambang Perpecahan
POLITIK atau POLITIC, apa juga sumber rujukan anda, hampir kesemuanya menjurus kepada kelicikan dan putar belit.
- characterized by shrewdness in managing, contriving, or dealing
- shrewdly tactful
- sagacious in promoting a policy
Poly
- word-forming element meaning “many, much, multi-, one or more,”
Politik Tidak Datang Dari Islam
Perkara utama yang perlu disedari, terdapat perbezaan prinsip asas yang jelas:
- Khalifah adalah tentang 1. Ketaatan pun kepada Yang Esa.
- Berbanding poly, ia adalah tentang lebih daripada 1.
Definisi politik pada hari ini (politik berasas demokrasi) dikaitkan dengan unsur Islamik adalah dek kerana penggunaan perkataan siasah atau siyasah bagi mendefinisi politik-berasas-demokrasi.
Jikalau masa boleh diputar semula ke zaman nabi di Madinah dan kita diberi peluang untuk mendefinisi semula politik-berasas-demokrasi, kemungkinan besarnya, perkataan siasah tidak akan dipergunakan atau dikaitkan dengan politik-berasas-demokrasi.