in

Program Usahawan Muda Sektor Produk Digital

Peluang dibuka kepada graduan diploma & ijazah untuk memulakan perniagaan sebagai usahawan muda yang patut direbut cepat. Apatah lagi kerana ketika artikel ini diterbitkan, program perniagaan & keusahawanan ini ditawarkan tanpa sebarang bayaran dan tanpa sebarang keperluan modal.

Bagaimanapun, tawaran ini adalah terhad dan hanya ditawarkan melalui jemputan sahaja, iaitu setelah penilaian calon dibuat.

APAKAH JENIS PERNIAGAAN YANG DITAWARKAN?

Sektor perniagaan yang ditawarkan di bawah program usahawan ini adalah sektor produk digital yang melibatkan produk & perkhidmatan yang ditawarkan oleh MIMMO.

APAKAH SEGMEN PASARAN YANG DISASARKAN?

B2B iaitu Business-To-Business atau secara spesifiknya adalah segmen usahawan mikro & kecil di seluruh Malaysia melibatkan pelbagai jenis perniagaan sama ada berasas produk, perkhidmatan dan juga kedua-duanya.

PENDEDAHAN KEPADA KAEDAH PERLAKSANAAN PEMASARAN & JUALAN

Sebagai usahawan dan peserta, program ini akan memberikan anda pendedahan kepada pelbagai kaedah di dalam menjalankan perniagaan di era digital dan yang paling utama sudah semestinya yang berkaitan pemasaran dan jualan.

Peluang ini juga menawarkan proses pembelajaran yang amat bernilai tinggi apatah lagi kerana dipantau oleh pasukan profesional serta business coach berprestasi tinggi untuk memastikan anda mencapai sasaran dan objektif program mengikut skala masa yang dirancang.

DI MANAKAH SAYA AKAN MENJALANKAN PERNIAGAAN INI? ADAKAH SAYA PERLU BERPINDAH KE KUALA LUMPUR?

Keunikan program ini adalah ianya didasari oleh inisiatif Community Commerce yang menggalakkan pembangunan komuniti di mana jua anda berada.

Ini bermakna, anda boleh saja beroperasi di kawasan atau bandar anda berada dan menyumbang kepada pembangunan kemakmuran di lokaliti anda.

ANDA TAKUT INI ADALAH SATU LAGI SCAM?

Jika anda khuatir tentang risiko scam, terdapat beberapa perkara penting yang anda patut tahu berkaitan pengambilan peserta program ini: 

TIADA SEBARANG YURAN atau KEPERLUAN MODAL yang memerlukan peserta membuat pembayaran untuk menyertai program, malah TIADA KEPERLUAN SEBARANG BAYARAN sepanjang program ini.

SAYA TIADA PENGALAMAN BERNIAGA, BOLEH BERJAYA KE?

Program ini adalah di bawah kendalian salah seorang business coach terbaik di Malaysia bagi segmen perniagaan mikro & kecil. Ini adalah bertujuan untuk memaksimakan potensi setiap peserta.

Beliau berpengalaman luas di dalam mengendalikan usahawan yang datang daripada pelbagai latar belakang, personaliti, tahap kecerdasan dan karakter peribadi.

Oleh itu, dengan sokongan daripada business coach, setiap peserta diyakini mampu untuk meningkatkan potensi kejayaan dan secara tidak langsung turut menyumbang kepada pembangunan potensi diri setiap peserta.

ADAKAH SAYA PERLU BUAT SALES?

Sebelum anda keliru, anda patut tahu satu fakta bahawa semua usahawan di dunia adalah ini, semuanya bermula berasaskan kemampuan mereka berkaitan sales. Sama ada Elon Musk, Mark Zuckerberg, Jeff Bezos atau Daim Zainuddin sekalipun, mereka bermula dan membangunkan perniagaan mereka dengan kemampuan membuat sales.

Ini adalah kerana essence atau intipati setiap perniagaan adalah sales atau jualan. Tanpa sales, ianya bukanlah satu perniagaan.

Namun begitu, anda juga harus tahu bahawa, kaedah sales yang diguna-pakai melalui program ini adalah kaedah profesional. Maka, anda tidak perlulah risau tentang isu kena buat sales atau tidak. 

Kaedah sales profesional bukanlah seperti kaedah yang biasa digunakan oleh street salesman. Kaedah yang digunakan oleh street salesman adalah hard-selling dan kadang-kadang melibatkan unsur manipulasi.

Kaedah sales zaman moden adalah berasaskan profesionalisme, skill mendengar dan skil pemahaman tentang kumpulan sasaran. Malah, kaedah ini tidak memerlukan anda bercakap panjang dan pushy seperti kebiasaan salesman yang anda jumpa.

Di zaman dan generasi ini, sales hanyalah untuk orang yang bijak, mempunyai tahap empathy yang tinggi beserta skil mendengar yang tajam.

Namun begitu, jika anda terlalu benci dengan perkataan sales ini, kemungkinan besarnya, keusahawan bukanlah bidang yang patut anda ceburi langsung. 

BAGAIMANA NAK DAPAT INFO LANJUT?

Oleh kerana program usahawan muda ini ditawarkan secara terhad iaitu melalui jemputan sahaja, maka anda boleh merujuk link di bawah untuk mendapatkan info sebelum membuat permohonan rasmi penyertaan program.

Untuk info, anda dijemput untuk melawat laman Program Usahawan Muda Sektor Produk Digital secepat mungkin dan sekiranya sesuai, anda boleh mengisi borang yang disediakan di laman tersebut.

Brand & Author

Notivana
Notivana
Pengkritik jenama kecil dengan tujuan untuk penambahbaikan berterusan bagi kesinambungan perniagaan yang berpanjangan di dalam menawarkan nilai kepada kumpulan sasar yang terpilih.

What do you think?

Leave a Reply