in

RANKING MALAYSIA | Personaliti Upvote & Downvote

Malaysia telah menyaksikan pelbagai krisis dan sepertimana yang selalu tercatit di dalam sejarah, di sebalik setiap krisis pasti akan ada personaliti di dalam bentuk protagonis atau antagonis yang akan muncul.

Ada yang berjaya dan ada yang kalah. Ada yang ke atas dan ada yang ke bawah. Ini adalah lumrah kehidupan.

Kalau hero kalah pun, janganlah sampai kita membakar panggung wayang ya. Begitu juga dalam politik, tak perlu terlalu taksub.

Tidak kira apa pun, berikut adalah senarai semasa personaliti yang dikira-kira layak untuk dimasukkan ke dalam senarai Ranking Malaysia | Personaliti Upvote & Downvote sama ada kisah Rise From The Ashes Sepanjang Zaman mahupun kisah Heroes Turn Out To Be A Villain malah kisah A Retirement of A Gladiator.

NOTA: Sila simpan pandangan kebencian atau semangat politik anda ke dalam poket sebentar dan cuba untuk menilai apa yang dipaparkan secara rasional dan tanpa prejudis.

#1 Dato’ Seri Najib Tun Razak

2018 adalah tahun kerajaan pimpinan beliau iaitu BN (Barisan Nasional) tumbang di dalam PRU dan selepas itu terpaksa menghadapi pelbagai tuduhan dan perbicaraan berkaitan beberapa skandal kewangan terutamanya yang berkaitan 1MDB.

2020 --- Menyaksikan bagaimana pengaruh beliau dengan tagline 'bosku' menjadi satu fenomena di seluruh negara. 

Leave a Reply

#2 Dr. Noor Hisham

Nama beliau mungkin tidak perlu kami ceritakan apa-apa kerana budak kecil pun mengenali beliau dan apa yang beliau lakukan di dalam 2020.

Leave a Reply

#3 Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Lebih sinonim dengan gelaran DSAI, beliau adalah salah satu watak paling menonjol di Malaysia, malah sebelum menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-10 lagi. 

"Kewujudan" beliau berlaku di dalam pelbagai bentuk atau karakter di dalam drama politik di Malaysia. 

Pernah wujud sebagai nemesis kepada Perdana Menteri ke-4 Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad. Kemudiannya bertukar pula kepada strategic alliance ketika zaman Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7. 

Karakter lainnya termasuklah sebagai rebel di zaman muda dan ketika dilucutkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri yang kemudiannya 'mencipta' gelombang Reformasi. 

Ketika itu, beliau bertukar watak lagi, kali ini sebagai protagonis pula atau hero bagi rakyat. 

Kemudian bertukar lagi menjadi 2 karakter yang bergantung kepada dari sudut mana anda memandang beliau iaitu sebagai pesalah bagi yang pro-Tun Mahathir atau seorang mangsa politik bagi yang pro-DSAI. 

Beliau juga pernah menjadi seorang banduan. Kemudian bebas dan terus diejek dan diperleceh sekian lama sebagai PM Tepi. 

Hinggalah akhirnya beliau berjaya menjawat jawatan Perdanan Menteri Malaysia ke-10 (PMX) yang terus 'memadamkan' sebutan PM Tepi selama-lamanya.

Konklusi mudahnya, tidak kira apa pun pegangan atau fahaman politik beliau dan anda juga, sama ada anda suka atau membenci beliau, terdapat satu perkara yang boleh dijadikan satu contoh teladan dan pelajaran: 

DSAI adalah contoh terbaik manusia yang tidak pernah give-up atau kita boleh panggil sebagai seorang manusia yang mempunyai persistence, semangat juang dan daya tahan tahap luarbiasa.

Leave a Reply

#4 Ebit Lew

Ebit Lew dianggap hero oleh masyarakat kerana jasa beliau membantu orang-orang susah yang banyak dipaparkan di media sosial terutamanya semasa PKP kerana krisis Covid-19.

Leave a Reply

#5 Tan Sri Muhyiddin Yassin

Lelaki yang turut dikenali dengan nama abah ini pernah dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri, pernah muncul dengan wajah yang lemah kerana menghidap penyakit kronik dan pernah dibenci dan kerajaan pimpinannya dihina sebagai kerajaan 'pintu belakang'.

2020 --- Kembali beraksi di medan politik selepas bangun daripada penyakit kronik beliau.

2020 --- Beliau naik ke jawatan pentadbir tertinggi di Malaysia iaitu Perdana Menteri selepas melalui krisis di dalam Pakatan Harapan.

2020 --- Beliau berjaya mengendalikan negara menghadapi satu lagi krisis iaitu krisis Covid-19 di celah-celah tekanan faktor ekonomi dunia di mana harga minyak merudum.

Leave a Reply

What do you think?

Leave a Reply

One Comment