in

Store di Whatsapp Business Tak Cukup Power

Peniaga kecil perlukan lebih daripada itu untuk capaian lebih baik terutama di Search Engine

Whatsapp Business Store memang mudah. Tidak dinafikan.

Kalau anda berniaga tanpa cita-cita, sekadar berniaga untung sabut timbul, anda boleh saja teruskan berniaga dengan hanya menggunakan Whatsapp Store.

Tapi, kalau anda berniaga dan ada cita-cita, anda patut terus membaca artikel ini.

 

Facebook ke Metaverse dan akhirnya – Dunia = Facebook

Whatsapp adalah Facebook. Instagram adalah Facebook. Segalanya adalah tentang monopoli atau penguasaan dunia atau di dalam konteks ini kita berbicara tentang kehidupan & ekonomi seharian.

 

Facebook bukanlah segala-galanya

Pasaran terpecah kepada beberapa segmen.

Setiap segmen pula mempunyai pilihan atau keutamaan masing-masing sebagai platform social media.

Tiktok, Twitter dan WeChat juga punyai segmen mereka.

Telegram juga punyai segmen mereka sendiri.

Satu lagi adalah Google.

Google adalah gergasi yang mempunyai kaitan dengan hampir semua manusia yang menggunakan internet.

Google juga adalah search engine utama di dunia.

 

Search Engine sebagai pengikat utama

Hampir kesemua pengguna di platform social media akan berkumpul di Search Engine – Google.

Tidakkah anda mahu mencapai mereka juga.

 

Google memang memaparkan search result daripada media sosial

Ya betul, memang Google search result page akan memaparkan laman daripada media sosial juga tetapi jom kita fikir lebih dalam.

‘Sense of belonging’ adalah satu unsur berkaitan pengguna media sosial secara umum.

Sebagai contoh, jika anda pengguna Facebook dan Google search result memaparkan kandungan daripada Twitter, melainkan kandungan tersebut betul-betul unik, barulah pengguna Facebook tersebut akan klik dan cuba untuk mendapatkan info tersebut.

Seboleh-bolehnya pengguna tersebut akan mencari search result yang tidak melibatkan media sosial lain.

Pilihan pengguna selalunya adalah sama ada daripada media sosial mereka sendiri atau pun laman daripada laman web biasa.

 

Search Engine penentu jauhnya capaian anda

Hanya dengan kehadiran perniagaan anda di Google sahaja anda akan mampu pergi lebih jauh.

Tidakkah anda mahukan capaian lebih jauh bagi perniagaan anda?

Kuncinya adalah laman web biasa digabungkan bersama strategi ‘content marketing’.

‘Laman web biasa’ yang dimaksudkan adalah selain media sosial.

Perniagaan anda perlukan strategi ini untuk mencapai lebih banyak pelanggan.

 

Cara untuk mencapai pasaran lebih jauh

Tiada jalan lain, melainkan mengukuhkan ‘kehadiran’ perniagaan anda secara online di Google.

Dan, anda perlu bermula secepat mungkin, iaitu pada hari ini! Ini kerana ia perlu dilakukan secara berterusan, sedikit demi sedikit.

Sepertimana media sosial yang memerlukan masa untuk membina momentum, begitu jugalah dengan laman web biasa dan ‘content marketing’. Masa & usaha konsisten adalah faktor.

Lagi lambat anda bermula, lebih banyak peluang dan potensi yang anda lepaskan.

What do you think?

Leave a Reply

2 Comments