in

Taktikal mudah yang ramai pengusaha salon atau spa terlepas peluang untuk menaikkan jualan salon atau spa tanpa kos ekstra

Caranya mudah tapi ramai pengusaha salon tidak nampak penggunaan taktikal pemasaran sebegini kerana tiada masa untuk merancang taktikal jualan dan pemasaran

Nak naikkan sales atau jualan salon dan spa, selalu dikaitkan dengan ads — Facebook ads, PPC ads, flyer atau banner malah ada yang lebih drastik — billboard.

Come on guys, open your eyes!

Masakan tanpa sentuhan kreativiti dan kepelbagaian ramuan adalah hambar.

Kita kena masukkan pelbagai rempah dan tambah elemen warna di dalamnya. Jika tidak, jadilah masakan bening.

Ada beribu macam kreativiti dalam bentuk taktikal untuk menaikkan jualan bagi perniagaan salon atau spa anda.

Ada pelbagai kombinasi dan integrasi untuk mewujudkan taktikal di dalam pemasaran sama ada melibatkan teknologi mahupun konvensional.

Penggantungan sepenuhnya kepada ads untuk menaikkan jualan adalah satu kesilapan.

 

Cabaran perniagaan zaman pasca COVID-19 & pasca Wawasan 2020 

 

Stop! Hentikan kejumudan kotak pemikiran kita sebagai pengusaha salon atau spa di zaman pasca wawasan 2020 dan pasca COVID-19.

Ya, ini adalah zaman mencabar bagi semua jenis perniagaan.

Yang boleh dan mampu bertahan pastilah perniagaan yang mempunyai kelebihan tertentu.

KELEBIHAN PERNIAGAAN – mudah disebut tetapi jika anda sebagai pemilik salon atau spa, sebutkan apa kelebihan salon atau spa anda?

Setakat mengatakan bahawa kami salon untuk Muslimah sahaja, itu bukan kelebihan anda.

Orang lain pun sudah berbuih-buih mempromosi salon untuk Muslimah mereka.

Pening juga kan?

 

Setiap perniagaan salon dan spa yang nak survive dan successful di zaman ini perlu ada kelebihan.  

 

Bagaimana mencari atau membina kelebihan bagi perniagaan anda?

Jika perniagaan anda tiada kelebihan, bayangkan kelapa sawit.

Anda boleh bezakan kelapa sawit dari Selangor dan Pahang? Adakah kelapa sawit Pahang lebih besar? Atau minyak sawit yang dihasilkan daripada kelapa sawit dari Pahang adalah lebih sedap?

Umumnya tidak ada beza! Kalau ada pun mungkin perbezaan yang tidak penting dan boleh diabaikan. Yang penting, kedua-duanya kelapa sawit.

Apabila kedua-duanya serupa tiada pembezaan atau TIADA KELEBIHAN, faktor yang tinggal adalah HARGA.

Jika faktor harga digunakan, maka, akan berlakulah PERANG HARGA!

Apabila berlaku perang harga, kelapa sawit siapa yang lebih murah maka kelapa sawit dialah yang terjual.

Malangnya, itu bukan penamat dan penyelesaiannya.

Perang harga akan mewujudkan masalah kepada semua pihak. Yang menjual dengan harga murah pun mungkin sekadar breakeven atau sekadar cukup makan atau silap-silap sekadar mengurangkan rugi.

Maka, adalah penting untuk perniagaan salon atau spa anda mempunyai KELEBIHAN.

DAN, anda perlu bermula cepat untuk mengenal pasti dan memahirkan diri dengan faktor taktikal KELEBIHAN perniagaan ini sebelum perniagaan salon atau spa menjadi kelapa sawit.

Jika sudah menjadi sawit dan ketika itu baru nak mula, nasi mungkin sudah hampir menjadi bubur.

Sekali lagi, pening kan?

 

Bagaimana mencari atau membina kelebihan atau advantage point(s) bagi perniagaan anda? 

Satu fakta yang setiap pemilik atau marketing guy salon atau spa anda perlu tahu adalah tentang satu fakta bahawa KELEBIHAN bukanlah satu faktor statik.

Jika hari ini ia adalah kelebihan perniagaan anda, esok belum tentu lagi.

Kelebihan ini sifatnya serupa seperti USP dan USV.

Ia bersifat dinamik, boleh dan mungkin di dalam situasi persaingan perniagaan yang sengit ia perlu sentiasa berubah-ubah untuk memastikan perniagaan anda sentiasa di hadapan.

Okay, berbalik kepada persoalan utama kita iaitu nak bagaimana menaikkan jualan salon atau spa TANPA IKLAN atau ads DAN TANPA KOS TAMBAHAN.

Bagi pengusaha salon atau spa yang tidak biasa dengan USP atau USV, USP adalah Unique Selling Proposition sementara USV pula adalah Unique Selling Value.

Kedua-dua USP dan USP sendiri sebenarnya adalah SERUPA TAPI TAK SAMA dan begitu juga dengan KELEBIHAN yang dimaksudkan, SERUPA TAPI TAK SAMA.

 

Bagaimana menaikkan jualan tanpa iklan atau ads dan tanpa kos ekstra. 

Tanpa ping pong ping, straight forward, satu cara mudah untuk menaikkan jualan anda yang anda boleh lakukan sendiri tanpa melibatkan peningkatan kos atau membelanjakan kos iklan adalah dengan memaksimakan penggunaaan apa yang sedia ada tetapi terhad di salon atau spa anda — SLOT

Adakah anda pernah memerhatikan perjalanan salon atau spa anda mengikut slot masa?

Pernahkan anda perhatikan rekod jualan harian, mingguan, bulanan anda berdasarkan slot masa mengikut hari, minggu ke berapa dalam sebulan?

Bagi salon atau spa biasa, katalah beroperasi 8 jam setiap hari, 5 hari seminggu dan 20 hari sebulan, anda perhatikan slot masa.

Salon atau spa anda pasti mempunyai slot masa yang SELALU KOSONG.

Slot kosong bermakna TIADA JUALAN.

Jika anda isi slot kosong tersebut, maka ia bermakna ada jualan yang bermakna jualan anda akan bertambah daripada biasa.

So, taktikal yang kami maksudkan adalah PENGGUNAAN MAKSIMA SETIAP SLOT MASA OPERASI SALON ATAU SPA ANDA untuk meningkatkan jualan bulanan anda.

Terdapat pelbagai cara untuk menggunakan SLOT MASA TERBUANG tersebut menjadikannya slot masa yang akan meningkatkan jualan bulanan anda.

MPLUS dan SERI ASIA bersama MIMMO mempunyai program CLIQUE iaitu satu program yang unik untuk usahawan.

Bagi usahawan salon dan spa, terdapat segmen di dalam CLIQUE untuk IDEA & PERLAKSANAAN AKTIVITI PEMASARAN terutamanya yang melibatkan customer & audience engagements yang berguna untuk membantu usahawan meningkatkan prestasi perniagaan yang anda ceburi.

Melalui program ini, anda akan dibantu dan dibekalkan dengan idea, program, business tools dan platform termasuk advisory untuk melaksanakan pelbagai kaedah di dalam creative marketing.

Last but not least, penggunaan slot untuk meningkatkan jualan bulanan anda mestilah tidak mengganggu jualan standard anda. Ada beberapa taktikal boleh digunakan. Jika faktor ini boleh dicapai, ketahuilah bahawa anda sudah menjumpai marketing gold mine anda.

What do you think?

Leave a Reply