Peniaga generasi baru harus ‘work smart’! Ini termasuklah di dalam perkara berkaitan pengiklanan atau di dalam konteks spesifik artikel ini iaitu untuk beriklan di Facebook. Kalau beriklan semberono, kadar iklan di Facebook mungkin tidak banyak berubah tetapi pulangan atau penghasilannya berubah dan semakin sukar kerana ‘perebutan perhatian ‘daripada pengguna atau kumpulan sasaran iklan. Jika anda ingin meningkatkan hasil iklan Facebook anda sehingga 3 kali ganda, sila teruskan pembacaan anda ke perenggan seterusnya.
Nilai “Perhatian” atau ‘Attention’ Di Dalam Beriklan
Manusia semakin sibuk pada hari ini. Secara umumnya kemampuan manusia di dalam perkara memberi perhatian adalah terhad. Bagi pengguna atau masyarakat pada hari ini, terlalu banyak perkara yang perlu diberi perhatian. Mereka kini lebih memilih di dalam memperuntukkan masa untuk memberi perhatian. Masing-masing mempunyai ‘priority’ mereka.
Sekiranya perkara terebut berada di dalam ‘priority’ mereka, barulah mereka akan memandangnya. Jika tidak, perkara tersebut akan diabaikan. Pendeknya, “perhatian” adalah sesuatu yang amat bernilai.
Maka untuk mendapat “perhatian” pengguna pada hari ini kita perlu bayar. Hari demi hari harga yang perlu dibayar semakin naik. Kerana “perhatian” adalah sesuatu yang berharga dan terhad. Perhatian, umumnya bermaksud meluangkan masa. Orang lama telah berkata — Masa itu emas! Maka, betullah kata orang lama. Begitu juga dengan Al-Quran, apabila merujuk kepada petikan “Demi MASA”. Terbukti jelas dan padu pada hari ini.
.
Kadar Caj Iklan & ROI (Hasil) Iklan
Kadar caj iklan boleh dikatakan tidak berubah secara drastik. Yang berubah dan amat memberi kesan adalah ROI (Return On Investment) atau hasil daripada setiap sen kos iklan yang dibelanjakan.
Contoh:
Fasa A: Dengan berbelanja RM100 sebagai kos iklan Facebook Ads, anda mendapat Reach sebanyak 10,000 audience.
RM100 / 10,000 audience = RM0.01 (kos bg. setiap Reach)
Fasa B: Anda masih berbelanja RM100 sebagai kos iklan Facebook Ads tetapi di dalam fasa ini hanya mendapat ‘Reach’ sebanyak 5,000 audience sahaja.
RM100 / 5,000 audience = RM0.02 (kos bg. setiap Reach)
Ini bermakna hasil (penghasilan) anda telah berkurang 50% bagi setiap RM100 yang dibelanjakan untuk iklan atau di dalam erti kata lain, kos untuk ‘Reach’ seorang audience telah meningkat sekali ganda iaitu 100%.
Apa kesannya kepada perniagaan anda yang bergantung tinggi kepada pengiklanan di Facebook?
- Sales (jualan) anda mungkin akan berkurang sekiranya masih mengekalkan jumlah perbelanjaan iklan.
- Sales (jualan sama) tetapi anda perlu menaikkan kos perbelanjaan iklan anda.
- Terpaksa mencari rancangan alternatif sebagai sokongan.
Secara spesifiknya, apa yang cuba disampaikan adalah, FAKTOR TERAMAT PENTING di dalam beriklan di Facebook adalah memaksimakan hasil daripada setiap sen kos iklan yang dibelanjakan.
Soalan seterusnya: Bagaimana memaksimakan ROI iklan anda di Facebook, Instagram & Whatsapp? Teruskan penerokaan anda ke topik seterusnya.
.
Bagaimana & Apakah Cara Alternatif Untuk Meningkatkan ROI atau Pulangan Daripada Setiap Sen Kos Iklan Dibelanjakan Di Facebook
Saranan umum yang tipikal disarankan oleh ‘social marketer’:
- Visual Power — Menggunakan gambar atau visual catchy di dalam iklan anda.Ini adalah saranan paling tipikal ‘social marketer’. The Power of Visual Attraction.
- Copywriting Power — Menggunakan ayat dan perkataan paling relevant dan catchy dari segi menarik minat kumpulan sasaran iklan Facebook anda. Ya betul, copywriting kena power.
- Target Audience — Kumpulan sasaran bagi iklan anda. Ini semestinya berkait dengan apa produk atau perkhidmatan yang anda jual atau pasarkan.
- Precision Targeting — Setakat Target Audience sahaja masih belum cukup untuk memaksimakan pulangan daripada periklanan anda. Anda perlukan faktor ‘ketepatan’. Ketepatan bermaksud profiling Target Audience anda perlu lebih mendalam dan streamlined.
- Offer — Tarikan utama atau carrot yang anda tawarkan. Kalau anda tawarkan hadiah kereta second-hand kepada Target Audience golongan jutawan mungkin dia orang takkan pandang pun. Semudah itu untuk memahaminya.
- Produk / Perkhidmatan — Offer berbeza dengan faktor produk. Produk adalah nilai sebenar yang anda tawarkan melalui penggunaan produk atau perkhidmatan anda.
Semua yang dinyatakan di atas boleh membantu meningkatkan ROI atau pulangan daripada setiap sen kos atau bajet iklan anda di Facebook. Bagaimanapun!
Ia Bukanlah Segala Yang Iklan Facebook Anda Perlukan Untuk Mendapat Pulangan Iklan Yang Terbaik.
Apa pendapat anda kalau dikatakan bahawa tidak ramai mampu memenuhi syarat atau keperluan yang dinyatakan di dalam senarai tersebut?
Kenyataan ini ada kebenarannya kerana tidak semua boleh menjadi pakar di dalam segala hal. Anda mungkin seorang pakar bertukang atau menjual tetapi belum tentu anda pakar di dalam seni visual contohnya.
Ada beberapa perkara lain yang boleh memudahkan.
.
‘Work Smart’ Dalam Beriklan & Meningkatkan Jualan Melalui Online Marketing & Media Sosial
Nak ‘work smart’ kena ada ilmu. Nak lagi ‘smart’ kena ada pengalaman. Inilah lumrah alam. Alam bermain di atas layar masa, perbuatan dan pengalaman. Manakan sama orang yang sekadar mendengar dan yang melakukan. Tetapi mesti ada cara.
Cara paling mudah dan santai, anda tak perlu menjadi pakar di dalam segala bidang, bajet ala-kadar — adalah dengan bermula di cr8link dan MIMMO.
.
Cara Penjimatan Separuh atau 75% Daripada Kos Pengiklanan Biasa Anda
Yang pasti, pulangan daripada perbelanjaan iklan boleh dimaksimakan, pelbagai pilihan bajet mengikut progress dan keperluan perniagaan anda, pelbagai marketing tools untuk kemudahan anda dan pelbagai lagi.
Bagaimana nak memulakan penerokaan marketing empowerment anda bersama MIMMO?
- Hubungi kami untuk memulakan langkah kecil anda menuju ke cara baru berokonomi, berniaga, pemasaran, jualan dan penjenamaan.
- No shortcut!
Brand & Author
Recent
- Niaga19/01/2023Cara Menilai Peluang Perniagaan Kecil Terbaik & Berpotensi Tahun 2023
- Niaga15/07/2022Taktikal mudah yang ramai pengusaha salon atau spa terlepas peluang untuk menaikkan jualan salon atau spa tanpa kos ekstra
- Niaga12/07/2022Bina Keyakinan Pelanggan On The Spot dan Naikkan Jualan Anda
- Niaga12/07/2022Anda Tidak Boleh Menjadi Seperti YB Melawat Kawasan Untuk Memastikan Kejayaan Spa atau Salon Anda