Penemuan terbaru teknik mengawal tekanan darah tinggi dan kencing manis di Jepun. Kaedah ini menggunakan teknik berjalan kaki yang dipanggil IWT (Interval Walking Training). Apa yang menarik tentang kaedah ini adalah kesan drastik menurunkan tekanan darah sehingga 4x ganda berbanding anda mengamalkan berjalan kaki biasa iaitu 10,000 langkah sehari.
- Berdasarkan kajian Shinshu University yang dibuat di Matsumoto, Wilayah Nagano, Jepun.
- Kaedah riadah berjalan kaki yang jauh lebih baik daripada kaedah 10,000 langkah yang biasa diamalkan ketika ini.
- Kaedah ini dipanggil IWT (Interval Walking Training).
- IWT adalah kaedah berjalan laju dan perlahan secara alternate.
- Hanya memerlukan tempoh riadah berjalan selama 30 minit sehari untuk 4 hari seminggu.
- Sesuai untuk golongan umur pertengahan dan tua.
- Berdasar kajian; Selepas mengamalkan IWT selama 5 bulan berbanding riadah berjalan 10,000 langkah, perubahan penurunan kadar tekanan darah Sistolic adalah 4 kali ganda (7 mmHg). Manakala kadar tekanan darah Diastolic pula turun 2.5x ganda (3 mmHG).
- Sekiranya kadar ini boleh dikekalkan selama 5 tahun, risiko stroke boleh diturunkan sebanyak 40%. Kadar penurunan tahap risiko stroke sebesar ini adalah amat signifikan.
- IWT juga menurunkan kadar index depresi sehingga 50% di kalangan warga umur pertengahan dan tua.
- Selain itu, memperbaiki kadar sleep efficiency sehingga 12%.
- Tempoh interval di dalam IWT adalah 3 minit. Sesi atau cycle bermula dengan berjalan santai selama 3 minit. Kemudian diikuti oleh berjalan pantas pula selama 3 minit.
- Untuk melengkapkan riadah, 5 set diperlukan (setiap set berjalan santai 3 minit dan pantas 3 minit) yang mengambil masa 30 minit (6 min x 5 set).
Ikuti video dokumentari terbitan NHK Jepun:
Video Dokumentari NHK: IWT Walking Technique
Brand & Author
Recent
- Riadah15/05/2024Turunkan tekanan darah 4x ganda berbanding berjalan 10,000 langkah
- Sihat06/04/2024Rujukan Saintifik: Manfaat Minum Kopi Setiap Hari Bagi Rakyat Malaysia
- Sihat04/08/2023Buah-Buahan Tempatan Malaysia Yang Mengandungi Antioksidan Tinggi
- Sihat29/07/2023Pembunuh Senyap Rakyat Malaysia Yang Baru Disedari