Sebelum Vendor membuka Q•Store secara rasmi, Vendor WAJIB melaksanakan simulasi ini untuk memastikan segala ‘setting’ telah selesai dengan sempurna serta proses & cara telah difahami.
KEPERLUAN UNTUK SIMULASI
- Akaun Vendor.
- Akaun Rider.
- Akaun Pelanggan – Jemput seorang kawan atau ahli keluarga anda yang berada di kedudukan atau lokasi lain daripada lokasi Q•Store (untuk tujuan pengesahan kiraan caj penghantaran) untuk mendaftar sebagai Pengguna biasa di ZUQ.App. Pastikan juga bahawa lokasi tersebut di dalam radius perkhidmatan Q•Store anda.
- ‘Setting’ Q•Store yang telah sempurna.
- ‘Setting’ Produk Utama yang telah sempurna.
- ‘Setting’ Produk Ujian yang telah sempurna (simulasi akan menggunakan produk ini). Nota: Hanya aktifkan produk ini ketika hendak melaksanakan simulasi sahaja.
PERSEDIAAN UNTUK MELAKSANAKAN SIMULASI
- Vendor telah login ke Dashboard Vendor.
- Rider telah login ke Dashboard Delivery Rider.
- ‘Pelanggan’ telah login ke Dashboard Pelanggan.
- Q•Store telah Dibuka Untuk Menerima Pesanan.
- Produk Ujian telah diaktifkan (untuk tujuan simulasi).
SIMULASI PESANAN
- Sebelum bermula, sila rujuk Proses & Pengurusan Pembelian dan Bagaimana Pelanggan Login & Membuat Pesanan.
- Mulakan simulasi dengan Pelanggan membuat pesanan item Produk Ujian di Q•Store.
- Selesaikan proses sehingga Pesanan berstatus ‘Completed’.
- Setelah tamat sesi simulasi, pastikan Produk Ujian di NYAHAKTIFKAN.
BANTUAN
Sekiranya perlu, sila dapatkan khidmat sokongan melalui WOW.
Brand & Author
Recent
Kewangan08/01/2026Step-by-step: Dari kerja makan gaji ke bos bisnes sendiri
Kewangan29/12/2025Pelepasan cukai, e-Invois dan panduan pematuhan cukai
Persona28/12/2025Personaliti: Kartunis Lat – Perjalanan berliku tapi “decisive” kartunis tersohor Malaysia
Kewangan11/12/2025Think Smarter: Solopreneur tidak semestinya beroperasi seorang diri.



