Restoran Mahboob memang top. No doubt.
Salah satu menu signature dia, yes, betul… Nasi Beriani! Ramai golongan ohtai dan muda yang suka layan beriani Mahboob ni.
Satu kelebihan makan di Mahboob, pilihan lauk pauk sedap dia orang nih.
Kari dia memang ‘narlek’. Mungkin kombinasi rempah ratus yang dia gunakan berbeza daripada kebanyakan restoran mamak lain.
Kari dia tak ada rasa ‘menyengat’ bila masuk perut. Ini kes orang ada gastrik tapi gila kari punya cerita. Kadang-kadang ada kari di restoran tertentu, bila masuk perut… alamak, pedih atau tak berapa lama dah terasa gastrik nak naik. Masalah!
My tastebuds sedikit berbeza
Kalau saya, walaupun order beriani, lauknya saya pilih kari ikan hehehe…
Pernah makan beriani kambing dia, but saya lebih suka berlaukkan kari ikan juga.
Beriani mamak di Malaysia biasanya mmg. lebih ‘plain’ berbanding beriani Melayu.