Menggunakan diskaun jualan (2/3)

List item

Menggunakan diskaun jualan, peniaga boleh menyasarkan kepada pelanggan baru dan juga pelanggan sedia ada.

Promosi diskaun anda boleh disebarkan kepada pelanggan sedia ada, poster di kedai, media sosial anda dan pelbagai lagi.

Pastikan anda tahu apa produk yang sesuai untuk diberikan diskaun dan pastikan ianya berbaloi dan mampu memberi motivasi kepada kumpulan sasaran promosi diskaun anda.

Tanpa motivasi pembelian secukupnya, promosi diskaun anda akan menjadi sia-sia.

Untuk pengurusan tawaran diskaun terbaik, anda disarankan untuk mempunyai sistem yang bersesuaian dengan model bisnes anda. 

Ini bertujuan untuk merekodkan transaksi dan info lain berkaitan perlaksanaan promosi diskaun jualan anda untuk penilaian dan kajian semula.

Tanpa data dan info yang tertentu, bermakna anda hanya boleh membuat andaian semata-mata.

Sebagai contoh, jika bisnes anda menjual secara online, pastikan aplikasi anda boleh merekodkan diskaun serta transaksi-transaksi yang terlibat.

What do you think?

Leave a Reply