Kumpulan Sokongan Usahawan adalah penting untuk usahawan perniagaan bersaiz kecil.
Kumpulan sokongan adalah salah satu platform terbaik untuk mendapatkan idea-idea baru bagi menaikkan jualan perniagaan anda.
Dan paling menarik, kebanyakan idea-idea yang boleh diperolehi oleh peserta adalah yang tidak melibatkan kos atau creative marketing kos rendah.
Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan mengaktifkan diri serta tidak segan untuk berkomunikasi dan melibatkan diri dengan program-program yang dianjurkan.
Hasil daripada interaksi tersebut akan banyak membantu anda untuk terjumpa dengan pelbagai idea meningkatkan jualan tanpa iklan.