Secara saintifiknya berjalan laju baik untuk jantung dan bagi yang telah berumur mungkin aktiviti berjalan laju ini juga baik untuk proses normalization rentak jantung anda.
Selain lebih ringan dan tidak membebankan, berjalan laju turut memberi peluang masa untuk memandang ke belakang atau flashback kehidupan anda sambil mensyukuri nikmat yang diberikan Allah swt.
Mungkin 2 atau 3 kali seminggu sudah cukup bagus jika anda terlalu sibuk dengan kehidupan atau lebih baik jika setiap hari dengan jarak yang anda anggarkan sendiri mengikut kemampuan dan keadaan diri anda.