Dato’ Seri Anwar Ibrahim (3/5)

List item

Lebih sinonim dengan gelaran DSAI, beliau adalah salah satu watak paling menonjol di Malaysia, malah sebelum menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-10 lagi. 

“Kewujudan” beliau berlaku di dalam pelbagai bentuk atau karakter di dalam drama politik di Malaysia. 

Pernah wujud sebagai nemesis kepada Perdana Menteri ke-4 Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad. Kemudiannya bertukar pula kepada strategic alliance ketika zaman Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7. 

Karakter lainnya termasuklah sebagai rebel di zaman muda dan ketika dilucutkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri yang kemudiannya ‘mencipta’ gelombang Reformasi. 

Ketika itu, beliau bertukar watak lagi, kali ini sebagai protagonis pula atau hero bagi rakyat. 

Kemudian bertukar lagi menjadi 2 karakter yang bergantung kepada dari sudut mana anda memandang beliau iaitu sebagai pesalah bagi yang pro-Tun Mahathir atau seorang mangsa politik bagi yang pro-DSAI. 

Beliau juga pernah menjadi seorang banduan. Kemudian bebas dan terus diejek dan diperleceh sekian lama sebagai PM Tepi. 

Hinggalah akhirnya beliau berjaya menjawat jawatan Perdanan Menteri Malaysia ke-10 (PMX) yang terus ‘memadamkan’ sebutan PM Tepi selama-lamanya.

Konklusi mudahnya, tidak kira apa pun pegangan atau fahaman politik beliau dan anda juga, sama ada anda suka atau membenci beliau, terdapat satu perkara yang boleh dijadikan satu contoh teladan dan pelajaran: 

DSAI adalah contoh terbaik manusia yang tidak pernah give-up atau kita boleh panggil sebagai seorang manusia yang mempunyai persistence, semangat juang dan daya tahan tahap luarbiasa.

What do you think?

Leave a Reply