Kekangan masa untuk fokus menguruskan perakaunan (1/5)

Ramai usahawan menghadapi masalah kekurangan masa untuk menguruskan perakaunan perniagaan yang dijalankan. 

Pengurusan perakaunan memerlukan fokus. Tidak kira apa juga saiz perniagaan anda.

Apabila segalanya anda terpaksa lakukan sendiri, fokus akan terbang melayang.

Sebagai contoh, ketika anda baru hendak mengemaskini transaksi-transaksi perniagaan ke dalam sistem perakaunan, pelanggan datang dan anda terpaksa menguruskan pelanggan pula.

Situasi sebegini adalah situasi yang tidak kondusif bagi menguruskan perakaunan anda sebaik mungkin.

SOLUSI UNTUK MENGATASI MASALAH KEKURANGAN MASA MENGURUSKAN PERAKAUNAN PERNIAGAAN KECIL

SOLUSI 1: 

Menggaji kerani akaun untuk menguruskan perakaunan perniagaan. 

Anggaran kos di bawah RM3,000 sebulan.

ISU BERKAITAN MENGGAJI KERANI AKAUN: 

Kos bulanan akan meningkat untuk membayar gaji dan kos-kos lain yang berkaitan seperti penyediaan komputer, pejabat dan latihan.

SOLUSI 2:

Mendapatkan perkhidmatan pengurusan perakaunan sumber luar (outsourced accounting services) secara bulanan. Mungkin lebih jimat daripada menggaji pekerja sendiri (kerani akaun).

Anggaran kos untuk perkhidmatan pengurusan perakaunan luar (outsourced accounting service) sekitar RM1,000 dan ke bawah sebulan bagi laporan secara bulanan.

ISU BERKAITAN MENGGUNAKAN SYARIKAT LUAR UNTUK MENGURUSKAN PERAKAUNAN SECARA BULANAN:

Peningkatan kos bulanan perniagaan kerana caj yang dikenakan adalah tinggi.

SOLUSI 3:

Mendapatkan satu lagi jenis perkhidmatan perakaunan sumber luar (outsourced accounting services) iaitu laporan perakaunan secara tahunan. 

Kaedah ini adalah kaedah biasa dan kebiasaannya disediakan oleh setiausaha syarikat (company secretarial services).

Solusi ini memang lebih jimat daripada menggaji pekerja sendiri (kerani akaun) dan dan lebih jimat daripada perkhidmatan pengurusan perakaunan sumber luar secara bulanan.

Anggaran kos untuk perkhidmatan pengurusan perakaunan luar (outsourced accounting service) secara tahunan ini adalah di bawah RM1,000 bagi laporan perakaunan perniagaan anda sepanjang tahun.

ISU MENGGUNAKAN SYARIKAT LUAR UNTUK MENGURUSKAN PERAKAUNAN SECARA BULANAN

Fungsi utama sistem perakaunan adalah untuk membantu pengurusan harian perniagaan. Apabila laporan perakaunan disediakan setahun sekali, ini bermaksud laporan perakaunan hanyalah untuk statutori seperti percukaian dan SSM.

What do you think?

Leave a Reply

One Comment