Pelaburan di dalam sektor hartanah memang selalu menguntungkan dan salah satu cara terbaik untuk menjana nilai berganda bagi wang di masa depan.
Namun jangan tersilap atau melakukan kesilapan yang kerap kali dilakukan oleh pelabur baru atau pelabur yang tidak sabar dan senang terpengaruh dengan tawaran-tawaran rumah murah.
Anda harus ingat, pelaburan di dalam hartanah bukan kecil nilainya dan kemungkinannya anda tidak akan melabur untuk pembelian hartanah setiap minggu atau setiap bulan tetapi mungkin ada yang membeli hartanah sekali seumur hidup.
So, WAJIB untuk anda mengambil kira beberapa faktor keselamatan dan pengurusan risiko untuk setiap ringgit yang anda belanjakan untuk pelaburan hartanah anda. Tidak kiralah sama ada rumah atau tanah dan sebagainya.
Berikut adalah senarai 10 hartanah yang berisiko dan langkah penilaian seterusnya harus anda lakukan untuk keselamatan pelaburan hartanah anda.
Ingat! Membeli hartanah bukanlah aktiviti pelaburan yang anda lakukan setiap bulan.
Pertimbangkan setiap cadangan pelaburan anda sebaik mungkin. Ambil masa untuk menilai dan mendapatkan nasihat daripada pelabur berpengalaman dan lebih baik jika daripada pengamal undang-undang berkaitan hartanah.
RUJUKAN TAMBAHAN
#1 Tanah lot banglo atau pertanian tiada geran individu
#2 Rumah atau hartanah lelong yang ada kaveat
#3 Tanah Felda/tanah di bawah Akta Penempatan Berkelompok (GSA)
#4 Rumah sambung bayar pinjaman bank pemilik
#5 Hartanah yang bukan milik pemilik sebenar
#6 Rumah dengan pemaju yang tiada lesen pemajuan perumahan yang sah
#7 Rumah murah di bawah skim yang pelik-pelik
#8 Rumah subsale yang mana dalam geran masih dengan nama pemaju
#9 Tanah pusaka sedangkan di dalam geran masih dengan nama si mati
#10 Tanah TOL (Temporary Occupied Land)
Brand & Author
Recent
Kewangan08/01/2026Step-by-step: Dari kerja makan gaji ke bos bisnes sendiri
Kewangan29/12/2025Pelepasan cukai, e-Invois dan panduan pematuhan cukai
Persona28/12/2025Personaliti: Kartunis Lat – Perjalanan berliku tapi “decisive” kartunis tersohor Malaysia
Kewangan11/12/2025Think Smarter: Solopreneur tidak semestinya beroperasi seorang diri.














